YTL sifatkan dasar 5G baharu sebuah padang permainan yang tidak rata

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perubahan dasar 5G negara dari model rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwi rangkaian borong (DWN) akan mewujudkan persaingan yang tidak adil kepada syarikat Penyedia Rangkaian Mudah alih (Mobile Network Operator -MNO) yang ada sekarang.

Menurut Pengarah Urusan YTL Power International Bhd, Yeoh Seok Hong, model SWN yang diterajui oleh Digital Nasional Berhad (DNB) telah mewujudkan medan permainan yang sama rata untuk semua MNO di negara ini.

YTL memegang lesen MNO menerusi anak syarikatnya, YTL Comm, dan menawarkan perkhidmatan rangkaian mudah alih di bawah jenama YES. Ia merupakan antara yang terkecil dalam kalangan lima MNO negara ini.

Bagi Yeoh model SWN akan menggalakkan persaingan yang adil kerana semua MNO akan beroperasi pada rangkaian yang sama dan kadar pakej harga borong yang sama. Namun beliau menyedari MNO yang besar mungkin tidak gembira dengan keadaan ini.

Di bawah model SWN, Digital Nasional Bhd (DNB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Inc, akan menjadi pihak tunggal yang melancarkan rangkaian 5G, dan ia akan memajakkan rangkaian itu kepada semua syarikat telekomunikasi dengan bayaran mengikut pakej borong yang sama.

DNB akan membiayai perbelanjaan modal dan penyelenggaraannya yang besar dengan hasil pajakan.

Model ini berbeza sama sekali daripada cara tradisional (3G dan 4G) di mana MNO terpilih, dan beberapa syarikat bukan MNO, diberikan spektrum dengan membayar sejumlah wang dan setiap syarikat membina rangkaian sendiri secara individu.

Firma bukan MNO biasanya menyewakan spektrum mereka. Sehingga kini, rasional pemberian spektrum kepada syarikat-syarikat ini masih tidak jelas.

Model SWN, bagaimanapun, tidak akan mempunyai situasi sedemikian kerana spektrum untuk membina rangkaian 5G semuanya telah diberikan kepada DNB.

Entiti milik kerajaan itu menawarkan liputan 5G pada 13 sen/GB kepada MNO dan ini membolehkan semua MNO menetapkan harga perkhidmatan mereka pada RM1/GB, iaitu separuh daripada harga RM2/GB perkhidmatan 4G.

 

Negara memerlukan pelaksanaan infrastruktur 5G secara pantas ke seluruh negara bagi meneroka pembangunan ekonomi digital yang lebih besar.

Model SWN ini akan membantu mempercepatkan pembinaan infrastruktur 5G ke seluruh negara berbanding model 4G.

Ini kerana dalam model pelaksanaan 4G, MNO menumpukan di kawasan tinggi permintaan terlebih dahulu dan mengabaikan kawasan luar bandar dan pedalaman.  MNO tidak boleh dipersalahakn sepenuhnya kerana mereka dipacu oleh keuntungan dan perlu mengimbangi antara perbelanjaan antara pulangan dividen kepada  pemegang saham.

Bukan takut bersaing

Pada Jun lalu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mengumumkan bahawa sebaik sahaja rangkaian 5G DNB mencapai sasaran liputan 80% kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang akhir 2023, “Entiti B” akan dibenarkan untuk melancarkan rangkaian kedua negara bagi menyaingi DNB.

Kerajaan tidak mendedahkan siapa yang mungkin menjadi Entiti B. Juga tidak jelas sama ada rangkaian kedua adalah rangkaian borong atau runcit.

Apabila ditanya bagaimana rangkaian kedua akan menjejaskan YTL Comm, Yeoh menjawab, “Jangan mengelirukan perkara. Tumpuan kerajaan kini adalah untuk mencapai 80% CoPA, DNB akan terus wujud dan menyediakan rangkaian borong.”

Beliau menegaskan bahawa jika kerajaan bersungguh untuk mewujdkan rangkaian borong kedua, ia perlu dikawal oleh undang-undang yang sama seperti DNB.

The argument is that it (dual network model) would be cheaper, better, more secure … Let’s put it to the test … We want to call their bluff,” kata beliau kepada The Edge.

Bagi menguji sama ada entiti kedua benar-benar boleh beroperasi, Yeoh mahukan kerajaan menggunakan peraturan dan syarat yang sama seperti mana yang dikenakan ke atas DNB.

Namun beliau meragui sama ada sesiapa mempunyai niat serius untuk membina rangkaian borong kedua. Dia menimbulkan persoalan sama ada lobi untuk membina rangkaian kedua ini hanya sekadar usaha untuk mengambil alih DNB.

Justeru Yeoh mengingatkan kerajaan bahawa walau apa pun keadaan berlaku, DNB mesti kekal sebagai badan bebas yang dikendalikan oleh lembaga pengarah bebas tanpa sebarang kepentingan.

Bagi beliau, ini adalah penting dalam memastikan semua MNO mendapat layanan yang adil dan saksama dalam spektrum 5G.- SUARATV/THEEDGE

*Tulisan ini rumusan dari artikel asal “The fear isn’t fierce competition, but an uneven playing field” oleh The Edge Malaysia. Sekiranya terdapat kekeliruan, artikel dalam The Edge adalah rujukan muktamad. 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat