Siapa Bul Dalang Disebalik Tuduhan Najib Bunuh Altantuya?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemilik portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri kerana membuat Akuan Bersumpah mengaitkan mereka dengan pembunuhan warga Monggolia, Altantuya.

Raja Petra dalam kolumnya di Malaysia Today semalam memuat naik artikel “Saya Minta Maaf Kepada Najib Dan Rosmah” kerana menuduh kedua-dua mereka terbabit dalam pembunuhan tersebut.

“Saya tahu fitnah yang dilakukan telah menyebabkan kerosakan kepada Najib dan sehingga hari ini kisah serta perakuan sumpah terbabit masih beredar di kalangan masyarakat. Bersempena dengan Hari Raya ini, saya ingin minta ampun dan maaf andai kata takdir Allah menentukan bahawa diri ini tidak berkesempatan untuk berhari raya di tahun hadapan.” katanya.

Dalam artikel terbabit, Raja Petra mendakwa idea mengaitkan bekas Perdana Menteri dan isterinya dengan kes Altantuya adalah dari ‘orang suruhan’ seorang kenamaan politik yang dikenali sebagai ‘Bul’.

Tulis Raja Petra, “That was when Ku Li’s “boy”, Bul, came out with the idea to link you and Madam to Altantuya Shaariibbu’s murder. So, a few days later, I came out with that Statutory Declaration linking Rosmah to Altantuya’s murder, saying that she was there the night of the murder..”

Penamaan watak utama bernama ‘Bul’ di sebalik SD tersebut menimbulkan gosip besar kepada koridor politik negara.

Hanya ada bernama ‘Bul” yang diketahui rapat dengan Raja Petra dan juga merupakan pencatur politik elit pada zaman Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.

Pada zaman Mohd Najib watak ini memainkan peranan penting sebagai ‘leftenan politik’ Mohd Najib yang melakukan penyusunan media, korporta dan politik negara.

Beberapa tahun sebelum PRU-14 telah wujud kebimbangan bahawa Mohd Najib terlalu percaya kepada watak ini sedangkan beliau juga sebahagian dari pencatur politik zaman Abdullah.

Sehingga Raja Petra menamakan watak tersebut, banyak mata pasti tertumpu kepada ‘Bul’ yang dikenali ramai kerana mempunyai hubungan rapat dengan Mohd Najib semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan juga merupakan watak penting di belakang tabir semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Suara.TV meangguhkan dulu pendedahan nama ini sehingga mendapat reaksi balas dari individu terbabit.

Akuan Bersumpah RPK

Pada Jun 2008, Raja Petra membuat akuan bersumpah mendakwa Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006. Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat