Kritik Anwar Bernafsu Jadi PM, PKR Sabah Desak Bekas Ketua Wanitanya Keluar Parti

Yang Di -Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Pentingnya Peranan Raja Lindungi Negara Dari Orang Tamak, Gila Kuasa – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor berharap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara serta melindungi daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilai kuasa...

Shahrir Samad gesa Muhyiddin bincang dengan Anwar untuk luluskan bajet

CYBERJAYA: Veteran UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya berbincang dengan Ketua Pembangkang bagi mengadakan ‘gencatan politik’ dalam...

Pemimpin PPBM Dakwa Muhyiddin Dapat Nasihat Salah Isu Darurat – Laporan

PETALING JAYA - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM tidak tahu menahu mengenai spekulasi meluas cadangan perisytiharan darurat, kata seorang pemimpin kanan parti itu. “Sebaliknya, idea...

Shafie Apdal gesa perpaduan bukan darurat

CYBERJAYA: Perpaduan dikalangan ahli politik merupakan penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara hari ini bukan darurat, kata Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri...

KOTA KINABALU – PKR Sabah hari ini memberi amaran kepada bekas ketua wanitanya, Rahimah Majid yang membuat “tuduhan tidak berasas” terhadap presiden parti itu, sehari selepas beliau mendakwa Anwar Ibrahim menjadi punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana “terdesak” mahu menjadi perdana menteri.

Ketua Biro Disiplin, Sazalye Donol turut mendesak Rahimah meninggalkan PKR “secara terhormat”, berkata penggantungan bekas ketua wanita itu mengikut perlembagaan parti.

Beliau memberitahu FMT Perkara 41.6 perlembagaan menyatakan majlis pimpinan pusat berhak menggantung keahlian sehingga siasatan lembaga disiplin selesai.

“Perenggan 5 surat yang diterima Rahimah secara eksplisit menyatakan beliau akan diberi peluang untuk menjelaskan kepada lembaga disiplin, yang akan memanggilnya dalam masa terdekat.

“Ini bermakna lembaga itu, selepas menyelesaikan siasatan, akan mengeluarkan surat perintah bersama tuduhan terhadap beliau. Tetapi dengan sombong, ego dan secara membabi buta, beliau menyalahkan presiden parti atas kejatuhan PH.”

Semalam Rahimah berkata beliau tidak membuat rayuan selepas digantung daripada PKR, mengatakan tiada kes atau tuduhan untuk dijawab beliau.

Rahimah turut bercakap mengenai tindakan terhadap mereka yang setia kepada PKR, berkata beliau dan ramai ketua dan ahli parti lain tiada pilihan selain meninggalkan parti.

“Sekiranya Anwar bertindak dengan betul dan strategik daripada menjadi buta kerana ketamakan dan nafsu menjadi PM, dan sekiranya 92 ahli Parlimen mereka menyokong Tun (Dr Mahathir Mohamad) di depan Agong pada 27 Feb di Istana, Agong tiada pilihan selain melantik semula Tun sebagai PM,” katanya.

“Sebaliknya, Anwar dan PH hanya menyedari kebodohan mereka pada malam 27 Feb dan menukar pendirian pada 28 Februari selepas bertemu Tun semula untuk membawa beliau kembali ke PH,” kata Rahimah

Namun, Sazalye berkata tuduhan Rahimah itu menunjukkan kurangnya pengetahuan mengenai peristiwa yang membawa kepada kejatuhan PH.

“Tindakan disiplin terhadap beliau tidak ada kena mengena dengan presiden.

“Saya menasihatkan beliau, sebagai seorang peguam, supaya meninggalkan PKR secara terhormat tanpa memburukkan parti,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Berita Berkaitan