Hospital Sungai Buloh bertukar status hibrid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Hospital Sungai Buloh akan bertukar menjadi hospital hibrid sepenuhnya jika Kategori 1 dan 2 kekal pada tahap sekarang atau menurun bagi tempoh tiga hingga empat minggu akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dengan status hibrid itu jabatan kecemasan akan dibuka kepada semua kes dan tidak hanya tertumpu kepada Covid-19 saja.

“Walaupun kami melihat kadar kemasukan meningkat, kebanyakan kes ini tidak memerlukan rawatan rapi di ICU, tetapi hanya ‘step-down care’.

“Jika kita lihat trend ini berterusan dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang, kita boleh tukar semula status hospital Sungai Buloh (daripada hospital Covid-19 sepenuhnya) kepada hibrid,” katanyaselepas merasmikan Kompleks MRI dan Projek Naik Taraf Bekalan Gas Perubatan Pusat Kawalan Kusta Negara, Hospital Sungai Buloh.

Khairy berkata, ketika ini Hospital Sungai Buloh sudah dibuka untuk rawatan kes bukan Covid-19 namun belum beroperasi sepenuhnya.

“Buat masa ini Hospital Sungai Buloh memang sudah (terima kes bukan Covid-19) tetapi mengikut budi bicara pengarah hospital… untuk kes bukan covid terutama yang datang ke jabatan kecemasan tetapi belum beroperasi sepenuhnya.

“… dan kita mungkin nak tengok kes tiga atau empat minggu lagi kalau menurun maka hospital ini boleh diisytiharkan sebagai hospital hibrid,” katanya memetik FMT.

Menyentuh mengenai pembukaan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang hari ini, Khairy berkata ia bagi mengelakkan kesesakan dan beban di hospital awam.

“Kita dapati kemasukan ke hospital tidak memerlukan rawatan intensif sebab itu kita buat keputusan untuk buka semula MAEPS. Kita tidak mahu semua kes Covid-19 dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan akhirnya hospital jadi sesak,” katanya.

Malah, Khairy mendedahkan terdapat banyak kes positif dilaporkan selepas mereka mengunjungi hospital untuk rawatan sakit lain.

“Banyak kes masuk hospital bukan dirawat kerana Covid-19, dia datang untuk kes lain tetapi disahkan Covid-19 selepas datang ke hospital.

“Mereka tiada gejala serius pun. Ini menimbulkan kerumitan pihak hospital kerana (mereka) perlu diasingkan di wad Covid-19. Sebab itu melihat fenomena ini kita ambil keputusan untuk asingkan mereka di MAEPS supaya mereka tidak sesak di sini (hospital) dan hospital fokus kepada kes lain,” katanya.

PKRC MAEPS ditutup secara rasmi pada 8 Feb lalu dan sepanjang 14 bulan beroperasi, seramai 166,072 pesakit Covid-19 menjalani kuarantin dan rawatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat