Meski kecewa dengan MUDA, PKR tak berniat nak ‘sailang’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -PKR memilih untuk tidak mengambil langkah serupa meskipun dikecewakan oleh langkah parti MUDA yang meletakkan calon di Larkin,”
Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

Kata beliau, keputusan itu diambil bagi menghormati rakan-rakan komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu Amanah dan DAP.

Namun,Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang itu bertegas, tindakan parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu adalah kurang bijak, dan hanya akan mengakibatkan MUDA dicemuh oleh pengundi di Johor.

“Saya amat kesal akan tindakan MUDA tersebut kerana ia jelas tidak menghormati semangat kebersamaan pembangkang dalam membela masa depan rakyat dan negeri Johor dalam PRN.

“Namun wajar saya tegaskan dan ingatkan bahawa tindakannya itu bercanggah dengan pendekatan membawa suara rakyat dan lawan musuh bersama, malah lebih buruk lagi, ia seolah-olah memberi kemenangan kepada lawan,” katanya memetik Astro Awani.

Syed Saddiq pada Khamis mengumumkan Rasid Abu Bakar akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pencalonan Ketua Penerangan MUDA Johor itu menyaksikan bakal berlakunya pertindihan kerusi melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut meletakkan calon di DUN tersebut.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bendahari Cabang Keadilan Pasir Gudang, Dr Zamil Najwah Arbain sebagai calon parti itu di DUN Larkin.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, MUDA masih ada masa untuk menimbang semula tindakannya sebelum penamaan calon pada 26 Februari.

“Keadilan hanya akan tumpu kepada membantu calonnya dan calon Amanah serta DAP dalam PRN ini, sekiranya MUDA tetap meletakkan calonnya di kerusi ditandingi KEADILAN.

“Memang benar bahawa rakyat yang akan menentukan siapa pilihan mereka tetapi biarlah pertimbangan dibuat atas dasar dan sikap yang betul dalam politik,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat