Sejak berkawan dengan Bersatu, rasuah dengan sedekah tak boleh beza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS kini dikatakan sudah tidak tahu membezakan antara rasuah dan sedekah sejak berkawan dengan Bersatu.

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil menempelak beberapa pimpinan PAS yang didakwa menggunakan nama Allah untuk merasuah pengundi.

Antara pimpinan PAS yang dibidas beliau ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria; Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa wang yang diberikan kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu adalah sedekah bukannya rasuah.

“Razman, orang ramai derma dalam tin milo kepada parti itu ok.

“Parti “derma” atau “sedekah” kepada orang ramai yang mengundi dan diminta bersumpah untuk undi PAS itu tidak ok. Itu rasuah. Sejak berkawan dengan Bersatu ini, rasuah dengan sedekah pun kamu tidak boleh beza,” bidas Isham di Facebooknya pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau juga menempelak sikap pimpinan-pimpinan PAS yang mengeluarkan dalil dengan menggelarkan rasuah itu sebagai sedekah.

“Khairil, Fadhli, dulu dan kini puak-puak kamu (Perikatan Nasional) yang suka tuduh orang lain rasuah dan kononnya kamu bersih.
Tetapi baru dilihat kini bahawa sebenarnya puak-puak kamu yang paling banyak rasuah orang. Tanpa segan silu dan rasa malu puak-puak kamu rasuah pengundi dengan menggunakan nama Allah. Mungkin Allah SWT ingin buka dan tunjukkan kebatilan ini.

“…Dan bila rakyat lapor polis dan fail petisyen ke atas rasuah kamu, kamu keluar “dalil” dan panggil rasuah kamu itu “sedekah”.
Selepas itu puak kamu kata ia bergantung kepada niat pula, dan kononnya orang lain pun buat juga.

“Bila ditanya dari mana kamu dapat duit berbillion untuk merasuah pengundi semasa pilihan raya dan adakah ia dari rundingan terus projek tebatan banjir RM15 billion, puak kamu tipu dan kata kononnya surat setuju terima untuk projek itu belum keluar padahal sebahagian projek telah pun berjalan,” kata beliau lagi.

Isham yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menambah, “sekarang kamu kata Umno pula tiada keabsahan moral untuk persoal kamu buat rasuah dan kamu tuding jari dan tuduh UMNO macam-macam lagi untuk tutup rasuah kamu.

“Semasa zaman Rasulullah, ada golongan yang perangainya macam puak-puak kamu ini, di luar nampak alim dan selalu mengguna agama dan menunggang ayat-ayat Al-Quran tetapi di belakang buat perkara batil, mereka digelar munafik. Rasulullah benci dan memerangi orang-orang munafik.

“Mungkin sejak kamu berkawan dengan Bersatu ini tabiat kamu semakin teruk dan kamu sudah selesa dan memilih jalan yang sesat. Kamu tidak lagi guna tin milo tetapi sudah pandai duduk hotel lima bintang semasa kempen pilihanraya sehingga sudah tidak boleh membezakan antara sedekah dan rasuah. Usah gelap mata dengan duit,” katanya.

Isham juga menyebut, matlamat untuk menang tidak menghalalkan cara.

“Biar kita bersusah atas landasan perjuangan yang betul dan ikhlas daripada bersenang atas landasan perjuangan yang salah. Keberkatan dalam perjuangan dan bagaimana kita menang itu penting, bukan sahaja matlamat kemenangan itu sahaja. Biar kita kalah bermaruah daripada menang dengan rasuah.

“Muhasabah dan bertaubatlah sebelum terlambat. Kembalilah ke jalan yang lurus,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat