Bantuan Khas Sarawakku Sayang Akan Diumum Dalam Masa Terdekat – Abang Johari

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini berkata, kerajaan pimpinannya akan mengumumkan bantuan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKKS) 8.0 dalam masa terdekat bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurut Abang Johari, bantuan BKKS 8.0 untuk tempoh selama enam bulan pertama yang bernilai RM285.47 juta dalam bentuk bukan tunai itu merupakan bantuan negeri yang terbesar pernah disalurkan.

“Ini merupakan antara kadar bantuan terbesar oleh sesebuah kerajaan negeri di negara ini dan ini tidak termasuk peruntukan khas berjumlah melebihi RM91 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi menampung perbelanjaan menangani pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Perkhidmatan Awam 2022 Negeri Sarawak di sini hari ini.

Mengulas mengenai pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030), Abang Johari berkata sektor perkhidmatan awam Sarawak perlu bergerak pantas seiring dengan usaha untuk mempercepatkan lagi pembangunan negeri berkenaan.

Beliau menjelaskan strategi tersebut telah dimulakan menerusi peruntukan RM4.803 bilion dalam Bajet Sarawak 2022, antaranya untuk melaksanakan projek infrastruktur dan utiliti luar bandar bagi mengangkat status ekonomi penduduk kawasan tersebut.

Selain itu katanya lagi, sebanyak RM1.18 bilion lagi diperuntukkan untuk mempergiatkan pembangunan infrastruktur jalan raya, jambatan, pelabuhan dan infrastruktur sungai bagi membuka lebih banyak lagi peluang ekonomi kepada masyarakat luar bandar.

Dalam pada itu, bagi membolehkan perkhidmatan awam meningkatkan lagi kecepatan penyampaian perkhidmatan mereka, beliau meminta supaya prosedur yang mungkin menyebabkan kelewatan penyampaian projek diselaraskan bagi membolehkan proses pembangunan dipercepatkan lagi.

“Apa yang berlaku sekarang ialah pelaksanaan banyak Projek Rakyat agak perlahan. Ia mungkin disebabkan oleh birokrasi, mungkin disebabkan oleh prosedur yang melambatkan proses pelaksanaan projek.

“Saya tidak mencadangkan kita mahu mengabaikan prosedur kerana elemen integriti atau tadbir urus yang baik mesti sentiasa menjadi asas perbelanjaan awam. Tetapi ada prosedur yang saya percaya boleh diselaraskan supaya pembangunan kita dapat disegerakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat