Tun M Dah Berselera Makan, Mohon Orang Ramai Tak Bimbang – Marina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan peningkatan hari ini.

Menurut anak sulungnya, Datin Paduka Marina Mahathir berkata bekas Perdana Menteri itu sudah mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dr Mahathir juga diberitahu mengenai ucapan selamat yang disampaikan oleh begitu ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.

“Dr Mahathir berserta keluarga, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih,” beritahu Marina dalam kenyataan pada Selasa.

Selain itu ujar Marina lagi, Dr Mahathir juga memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya.

Tambah anaknya, Dr Mahathir akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan.

“Buat masa ini, pihak IJN mash tidak membenarkan pelawat selain dari keluarga
terdekat,” katanya.

Dr Mahatir Mohamad kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat