‘Apa saya buat seolah-olah semuanya salah dan dosa’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dangdut Baby Shima, 28, mengakui kecewa dengan segelintir warganet yang sering mengecam dirinya walaupun melakukan perkara baik.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, dia tidak faham apa sebenarnya yang dimahukan kerana apa yang dilakukan serba tidak kena dimata warganet.

“Apa yang saya buat seolah-olah semuanya salah dan dosa. Saya pun tak faham. Apa yang mereka nak sebenarnya? Apabila saya menari ada yang kecam dan maki. Macam-macam kenyataan dikeluarkan seperti saya ahli neraka,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, tular Shima melawat seorang lelaki yang dikenali sebagai Atuk Grab yang berusia 68 tahun. Kisah Atuk Grab itu menjadi bualan apabila dilihat masih bekerja di usia tua demi menyara anak.

Niat Shima bertemu dan menyantuni lelaki itu disalahertikan serta dianggap menunjuk-nunjuk dalam perkata baik.

“Buat baik seperti jumpa Atuk Grab pun, tetap ada sesetengahnya tak puas hati. Tetap ada yang maki. Saya jumpa Atuk Grab ni memang ikhlas. Melihat keadaannya yang sudah tua, tapi masih mencari rezeki, saya jadi sedih. Dalam keadaan sekarang dan usianya yang sudah lanjut, dia gagahkan diri juga untuk mencari rezeki,” katanya.

Menurut Shima, dia ikhlas membantu dan bukan sengaja berlakon bagi menutup kontroversi yang dikaitkan dengannya akhir-akhir ini.

“Salahkah saya jumpa dia untuk gembirakan dia. Saya pelik bila ada yang tak suka saya buat kebaikan. Saya tak kisah apa orang nak cakap atau nak tuduh bukan-bukan sehingga saya mengalami depresi, tapi bila saya buat perkara baik tetap nak kecam, memang sangat keterlaluan.

“Saya manusia biasa, ada hati dan perasaan. Kalau tak suka, lebih baik diam. Kalau nak komen pun, biarlah secara baik,” katanya.

Meneliti komen warganet di media sosial ternyata ada sesetengah mereka seakan-akan tidak suka Baby Shima berbuat baik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat