KWSP bukan pain killer, tapi kerajaan tiada pilihan lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak berupaya membantu rakyat mendepani pandemik Covid-19 selain daripada membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sekarang kerajaan mengalami kekangan wang dan defisit kerajaan untuk membantu rakyat pada zaman Covid-19 sebab gelombang ketiga tercetus.

“Korang (anda) ingat saya sangat cenderung untuk sokong permintaan rakyat untuk keluarkan simpanan mereka dari KWSP jika masih ada pilihan lain ke?

“Tidak. Saya sokong kerana saya nampak kerajaan dah tak berupaya untuk lebih membantu,” catat Najib di Facebooknya.

Menurut beliau,dalam hantaran laman propaganda “Sokong Perikatan Nasional” itu, mereka ibaratkan cadangan pengeluaran KWSP sebagai makan pain killer (panadol) sahaja yang bagi kelegaan sementara.

“Lalu mereka tegur saya kenapa saya tidak fikirkan solusi jangka panjang. Sebenarnya saya dah buat. Tapi korang (termasuk pemerintah hari ini) yang mansuhkan penyelesaian jangka masa panjang itu. Siap diberi tax holiday tiga bulan.

“Lalu mereka jarah RM84 bilion dari rizab Petronas yang ditinggalkan Barisan Nasional (BN) untuk “cover” kehilangan hasil Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Belum ambil kira lagi kehilangan hasil RM20 bilion sebab Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sudah ganti GST. Dulu kita kurangkan defisit negara dan nisbah hutang negara untuk lapan tahun berturut-turut, tapi dinaikkan semula oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan kadar paling laju selepas SST ganti GST disamping ekonomi yang dijahanamkan mereka,” jelas Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, “seperti yang saya tulis hari itu, jika ada pilihan lain dan wang RM104 bilion (RM84 bilion + RM20 bilion) itu wujud lagi, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mampu beri 4 juta orang B40 sebanyak RM5,000 seorang (RM20 bilion) dan RM3,000 bagi setiap keluarga M40 (RM12 bilion).

“Jumlah cuma RM32 bilion. Masih ada baki RM72 bilion. Boleh beri RM5,000 untuk kali kedua dan kali ketiga jika ada keperluan,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat