Menteri KDN ucap takziah kepada anggota PGA terkorban

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin merakam ucapan takziah kepada keluarga Koperal Baharuddin Ramli yang telah terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup pagi tadi.

Dalam catatan Facebooknya, Hamzah berkata, seorang lagi anggota polis, rakan setugas mangsa, Koperal Norihan A/L Tari telah cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

“Semoga beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya dengan segera.

“Saya telah dimaklumkan bahawa satu kejadian berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kumpulan penyeludup telah berlaku pada 24 November 2020, pukul 3.00 pagi di Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar, Perlis,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian ini bermula apabila dua anggota PGA sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian telah diserang oleh dua kumpulan, disyaki terdiri daripada warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan di sempadan.

Kata Hamzah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti kumpulan penjenayah yang melakukan serangan tersebut.

“Kerajaan memandang serius terhadap kejadian ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kumpulan penyeludup yang melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat