Kerajaan pertimbang kemungkinan darurat di Bugaya, Gerik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan sekali lagi bakal mempertimbangkan keperluan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya dan Parlimen Gerik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan itu bagaimanapun akan bersandarkan faktor tertentu.

Memetik laporan Berita Harian katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melakukan penilaian risiko di dua kawasan berkenaan, sebelum membentangkan hasil penelitian kepada Jemaah Menteri.

“Tindakan sama akan dipertimbang dan dilaksanakan bagi DUN Bugaya dan Gerik jika penilaian risiko KKM dan MKN mendapati ia mempunyai keperluan seperti di Batu Sapi,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 18 November lalu menjelaskan, pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi Parlimen Batu Sapi, Sabah bertujuan mengelak Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan berkenaan, dengan mengambil kira lima faktor utama penularan Covid-19.

Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, 63, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gerik, meninggal dunia di Raub, Pahang, pada 16 November lalu kerana serangan jantung.

Keesokannya, negara dikejutkan pula dengan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65, yang meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Sabah.

Takiyuddin berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berdepan kesukaran mendapatkan petugas pilihan raya, susulan insiden penularan COVID-19 pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 lalu.

“Hal ini disebabkan kebimbangan dalam kalangan petugas mengenai penularan wabak Covid-19 di pusat-pusat mengundi di Batu Sapi.

“Dalam hal ini, situasi yang sama dijangka di DUN Bugaya dan Parlimen Gerik, malah KKM memaklumkan kekangan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan kesihatan bagi mengendalikan pengundi di khemah bergejala.

“Hal ini berpunca daripada faktor keperluan penempatan pegawai dan kakitangan kesihatan yang tinggi buat masa ini di hospital serta klinik kesihatan.

“Pada masa sama, kebimbangan pengundi Batu Sapi, DUN Bugaya d Gerik berkenaan risiko jangkitan Covid-19 di pusat-pusat mengundi juga dijangka menyebabkan peratus keluar mengundi yang rendah, iaitu kira-kira 50 peratus berbanding beberapa PRK yang lalu iaitu sebanyak 60 peratus,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat