Menteri yang tak patuh PKP, kenapa rakyat pula ditekan darurat? – Mukhriz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyelar tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menekan rakyat dengan pengisytiharan darurat.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, rakyat negara ini patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi memutuskan rangkaian penularan Covid-19, sebaliknya menteri yang ingkar.

“Kalau marah dengan PKP, rakyat merusuh di jalanan, cetus huru-hara, mungkin okeylah isytihar darurat.

“Tapi rakyat sanggup berkorban, tak merusuh, banyak bersabar, patuh PKP.

“Menteri yang tak patuh (PKP). Kenapa rakyat pula yang ditekan dengan darurat,” soal Mukhriz di Twitternya, hari ini.

Semalam, dilaporkan Mesyuarat Khas Kabinet mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan ‘Darurat Politik‘ kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang

Bagaimanapun Kabinet akhirnya mencapai konsensus mempersembahkan beberapa cadangan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Bagaimanapun, Seri Paduka Baginda menasihati rakyat agar jangan panik dengan cadangan tersebut dan baginda dijangka memanggil Mesyuarat Khas Raja-Raja isnin ini bagi mendapat pandangan dan membuat keputusan bersama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat