Covid-19: MKN fokus seimbang nasib rakyat dan ekonomi negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) mewujudkan Pelan Jangka Masa Sederhana-Panjang dengan lebih terperinci bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi negara, tetapi juga untuk menangani keresahan rakyat.

 

Muhyiddin berkata, beliau menyedari keresahan rakyat menghadapi situasi pandemik Covid-19 ketika ini masih belum reda menyebabkan kebergantungan kepada kerajaan semakin tinggi.

Beliau juga mengakui senario menguruskan Covid-19 sekarang telah berubah.

Hal demikian, Muhyiddin mengajak semua ahli mesyuarat untuk lebih fokus dalam usaha memerangi Covid-19 dan mesti membuktikan pada tahap ini, Malaysia pasti akan menang melawan COVID-19.

Selain itu, Presiden Bersatu itu juga turut mengingatkan ahli mesyuarat supaya lebih teliti dalam membuat keputusan untuk menguruskan COVID-19 dengan lebih berkesan.

Menurutnya, setiap keputusan yang dibuat mestilah difahami manfaat, risiko dan kesannya kepada kesihatan dan ekonomi rakyat.

Mesyuarat harian yang diadakan secara sidang video itu telah bermula sejak 7 Oktober lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat