Debu Sahara Tukar Pulau Caribbean Jadi Perang

- Advertisement -

Kepulauan Carribean: Sudah beberapa hari sejak langit di atas beberapa negara dalam kepulauan Caribbean, bertukar coklat. Ia disebabkan oleh pergerakan dalam kadar tetap, debu dari Gurun Sahara di Afrika Utara sehingga membentuk lapisan homogenus yang tebal dalam atmosfera, di seluruh Atlantik.

Langit yang biasa kelihatan biru, kini coklat. Matahari hanyalah bebola oren yang membosankan . Kualiti udara telah jatuh di tahap terendah juga. Pengukuran partikel debu atau PM10 di Fort-de-France, Martinique adalah pada kadar 192. Ini menjadikan Martinique negara ke-8 yang paling tercemar pada hari Selasa daripada 105 buah negara yang dipantau oleh projek indeks kualiti udara dunia.

Di Puerto Rico pula, angka itu sama, mungkin sedikit lebih buruk, dan menurut Dr Olga Mayol dari Universiti Puerto Rico, ini adalah kejadian paling dramatik dalam tempoh lebih 50 tahun. PM10, atau zarah jirim diameter 10 mikrometer, boleh menyebabkan ganguan pada saluran pernafasan manusia.

Sumber semua masalah ini adalah dari padang pasir Sahara Besar, lebih dari 5,000 kilometer (3,107 batu) ke bahagian Timur. Lapisan udara Saharan (SAL), adalah habuk kering dan biasanya bermula semasa musim panas. Angin dan olakan arus membawa debu halus ini tinggi ke dalam atmosfera dan aliran angin biasa telah membawanya ke Barat.

Semasa langit biru dan cahaya matahari terang, lapisan debu ini akan mempunyai kesan mengurangkan atau menghalang air hujan dan pancaran kilat. Ia mungkin bertahan selama beberapa hari lagi, bergantung kepada turun naik kadar kepekatannya. Pada hari Selasa, ia sampai ke Panama dan sebelum hujung minggu ia juga boleh dilihat di atas langit Texas.

Dan sehingga ianya berakhir, panorama cantik yang biasa dikaitkan dengan kepulauan Caribbean ini, hanyalah panorama coklat yang membosankan – AlJazeera

Olahan dan terjemahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat