Zahid Kagum Semangat Guru Untuk Kembali Ke Sekolah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Semangat para guru untuk kembali semula mendidik anak bangsa berikutan sesi persekolahan yang bermula secara berperingkat 26hb ini, menarik perhatian Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bercerita lanjut mengenai perasaannya, Zahid berkata, “Sangat terkesan melihat guru-guru yang bersemangat kembali ke sekolah”.

“Ada yang sudah mula menyusun kerusi, meja dan melekat tanda di lantai bagi memenuhi SOP kementerian dalam menghadapi norma baharu”, katanya lagi.

Zahid turut mengingatkan bahawa, semua yang dilakukan para guru ini ialah demi menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak kita bila sesi persekolahan bermula kelak.

Antara persediaan yang perlu dilakukan para guru ialah memastikan susun atur bilik darjah mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh PKPP ini berkuatkuasa dan semua ini memerlukan usaha yang berterusan dari para guru.

Menutup hantaran di laman Facebooknya sebentar tadi, Zahid menzahirkan ucapan berikut untuk golongan pendidik ini, “Terima kasih cikgu dan selamat kembali bertugas”.

“Pengorbanan kalian amat besar dan tidak dapat kami balas”.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat