Bil Tinggi, Dilema Ranhill SAJ

- Advertisement -

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir 50 hari bukan sahaja meningkatkan bil elektrik tetapi juga bil air. Ini kerana dalam tempoh ini pengguna duduk di rumah sepanjang masa dan menggunakan segala utiliti seperti elektrik, air dan talian internet di rumah.

Walaupun kenaikan bil air tidak mendapat kritikan besar seperti bil elektrik, namun suara-suara mempertikaikanya tetap ada. Dua syarikat bekalan air yang mendapat banyak kritikan di dalam media sosial ialah Ranhill – Syarikat Air Johor (Ranhill SAJ) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Antara punca kritikan dan tuduhan penipuan bil ialah kerana bil bulan Mei menjulang tinggi antara 70%-200% berbanding bulan-bulan sebelumnya. (Laporan TV3 sebelum ini)

Perbezaan besar dalam bil adalah kerana syarikat-syarikat bekalan air seperti Ranhill-SAJ dan Syabas tidak melaksanakan bacaan meter dalam tempoh PKP. Justeru bil air pada bulan Mac dan April menggunakan kaedah anggaran berdasarkan bulan sebelumnya.

Katakan anda menggunakan air sekitar RM12 sebulan pada bulan-bulan biasa. Namun dalam tempoh PKP, bergantung kepada jumlah ahli keluarga, penggunaan air rumah anda mungkin telah meningkat sekali atau dua kali ganda.

Bil yang diberi pada bulan Mac dan April masih menggunakan anggaran bulan Februari walaupun penggunaan sebenar mungkin telah mencecah RM30-RM50 sebulan.

Apabila bacaan meter dibuat pada bulan Mei, bil anda pasti meningkat dengan banyak dari bulan Mac dan April kerana perbezaan bil anggaran dan nilai sebenar telah dimasukkan ke dalam bil bulan Mei.

Ada satu lagi faktor yang meningkatkan bil anda ialah jumlah penggunaan yang tinggi telah menyebabkan sebahagian bil masuk ke dalam blok kedua dan ketiga.

Dalam masa PKP ini lebih banyak masa diluangkan di rumah berbanding separuh hari berada di pejabat pada hari biasa. Malah dengan penutupan universiti, asrama dan sekolah menyebabkan semua ahli keluarga berkumpul di rumah sepanjang dua bulan tanpa keluar ke mana-mana.

Adalah mustahil untuk sesiapa pun mengekalkan jumlah penggunaan yang sama seperti sebelum PKP. Pastinya penggunaan air kita melebihi bulan-bulan sebelum ini kecuali anda terperangkap di tempat lain.

Penggunaan yang tinggi menyebabkan sebahagian bil anda telah memasuki blok tarif lain. Misalnya di Johor terdapat 3 blok tarif bagi kategori kediaman yang dibuat bagi menggalakkan orang ramai menjimat penggunaan air.

Bagi tarif blok pertama 0(m3) – 20(m3) hanya dikenakan 80 sen per cubic meter ini bertujuan tidak membebankan rakyat dan menggalakan penggunaan air secara berhemat.

Bagaiamapun penggunaan yang tinggi ketika PKP mungkin telah menyebabkan sebahagian penggunaan masuk kedua 21(m3) – 35(m3) yang RM2.00 per cubic meter.

Perbezaan antara blok pertama dengan kedua dan ketiga sangat ketara telah menjadikan bil air meningkat berkali ganda. Secara umumnya kenaikan bil air semasa PKP adalah sesuatu yang tidak dapat dielekkan.

Ia tidak ada kena mengenai dengan kenaikan caj secara senyap-senyap atau penipuan kiraan seperti yang cuba digembar-gemburkan oleh kumpulan politik tertentu. Kenaikan caj baharu hanya boleh dibuat dengan kelulusan kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Ranhill SAJ antara yang teruk dikritik. Sukar dipastikan sama ada kritikan ini tulen atau bermotifkan politik memandangkan keadaan politik di negeri tersebut sememangnya tidak stabil.

Namun adalah tidak wajar menggunakan isu-isu utiliti sebagai agenda politik sempit dan tidak rasional.

Misalnya, Ranhill-SAJ telah memberi diskaun sebanyak 50% kepada pengguna dalam kumpulan B40 bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.

Dalam masa yang sama syarikat air sukar memberi diskaun yang besar kerana mereka mempunyai komitmen yang tinggi dalam menanggung liabiliti kerja-kerja meningkatkan infra dan fasiliti (capex) pembekalan air terutamanya penggantian paip dan mengatasi paip bocor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat