PAS puji kecekapanan Menteri Pertahanan urus nahas helikopter

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -PAS merakam ucapan takziah susulan insiden kemalangan helikopter yang mengorbankan 10 anggota tentera sambil
mengalu-alukan beberapa tindakan pantas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkait peristiwa berkenaan.

Ini termasuklah membatalkan acara sambutan ulang tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadualkan Jumaat ini untuk digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“PAS juga menyambut baik jaminan beliau untuk bukan sahaja membantu menguruskan jenazah mangsa, tetapi juga mengurus semua manfaat serta faedah- faedah yang sewajarnya diterima oleh balu dan keluarga mangsa bagi menjaga kebajikan mereka.

“Walaupun tidak menetapkan had masa untuk menyediakan laporan interim kejadian, jaminan menteri untuk melakukannya, selain keputusan kementerian untuk menubuhkan sebuah lembaga siasatan TLDM bagi mengenal pasti punca kejadian adalah langkah yang tepat dan sewajarnya disegerakan tanpa lengah,” puji beliau lagi dalam kenyataan pada Rabu.

Ulas Takiyuddin, kehilangan serentak anggota seramai itu yang rata-rata dilaporkan berusia bawah 40 tahun adalah kerugian besar kepada pasukan, negara serta seluruh rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi keluarga mangsa terbabit.

“PAS mengucapkan takziah kepada keluarga semua anggota terlibat dengan harapan mereka akan menemui kekuatan untuk mengharungi kehilangan ini dengan tabah dan sabar, selain mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada mangsa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat