‘Amazing Concert D’Masiv & Mario G Klau’ di Kuala Lumpur 29 Jun ini

- Advertisement -

JAKARTA — Kumpulan muzik terkenal dari Indonesia D’Masiv sekali lagi bakal menemui peminat dengan penampilan istimewa ‘Amazing Concert D’Masiv & Mario G Klau’ pada 29 Jun 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur.

Konsert yang dibawa khas secara eksklusif oleh Creative Page dan JPP Entertainment ini turut menampilkan penyanyi Mario G Klau yang akan membuat persembahan pada konsert tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Creative Page, Khairul Faiz Fawazul Khair berkata ‘Amazing Concert D’Masiv & Mario G Klau’ merupakan konsert yang julung kali diadakan menggabungkan dua pemuzik berganding bahu di pentas yang sama.

“Bayangkan kemeriahan apabila D’Masiv dengan lagu-lagu pujaan seperti ‘Jikalau Aku Bersalah’ dan ‘Cinta Mati’ diselang-selingi dengan renungan lirik Mario G Klau yang mendalam.

“Konsert ini bakal menjadi momen bersejarah yang tidak mungkin diulang, di mana dua raksasa industri hiburan Indonesia bersatu di atas satu pentas bagi meraikan khazanah seni yang sudah mereka torehkan selama ini,” katanya.

Bertempat di S&F Residence, Kemang, Jakarta Selatan, Suara TV yang hadir pada sidang media Khamis lalu juga sempat menemubual kumpulan D’Masiv.

Vokalis D’Masiv, Rian berkata, untuk konsert kali ini mereka bakal tampil dengan susunan muzik yang berbeza dan istimewa berbanding konsert-konsert sebelum ini.

“Kebetulan, 20 Mei ini nanti kami akan lancarkan album kelapan. Malaysia akan jadi negara pertama untuk kami persembahkan seleksi lagu baharu di pentas Megastar Arena Kuala Lumpur.

“Setiap kali kedatangan kami di Malaysia, pasti akan ada peminat dari Singapura dan Brunei sanggup turun memberi sokongan menonton persembahan kami di Kuala Lumpur.

“Disebabkan itulah kami cukup berbesar hati dan teruja bila diberikan peluang untuk menghiburkan peminat di Malaysia,” katanya.

Selain itu, ‘Amazing Concert D’Masiv & Mario G Klau turut menampilkan penyanyi tempatan Malaysia iaitu Sarah Suhairi dan Alfie Zumi.

Untuk menyaksikan persembahan konsert yang akan berlangsung tidak lama lagi, tiket boleh didapati menerusi www.ticket2u.com.my

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat