Sanusi kecewa permohonan maaf dipersenda, dakwa netizen warisi sifat syaitan

- Advertisement -

YAN – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang mempersendakan permohonan maaf yang diucapkan dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Jitra, malam tadi.

Beliau berkata, netizen yang gemar mengkritik kebaikan yang dilakukan oleh orang lain itu sebenarnya mewarisi sifat syaitan.

Sedangkan katanya, ucapan maaf itu adalah ikhlas dari lubuk hatinya sebagai manusia biasa.

“Kalau jumpa di mana-mana pun orang lebih tua pada saya macam itulah gaya saya, saya bukan berlakon, saya jadi diri saya yang sebenar.

“Saya nampak komen-komen di media sosial, baik pun salah, tak baik pun salah, jadi depa semua itu setan, kalau kita berbuat baik sesama umat manusia pun tidak disukai… itu kerja syaitan.

“Bila orang sakit hati tengok satu benda baik, dia mewarisi sifat-sifat syaitan jadi berhentilah jadi syaitan, jadilah manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan kepada Pusat Mempelam Kedah di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian bagi mengulas tindakan segelintir pihak yang melukis karikatur beliau tunduk memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam karikatur itu terdapat dialog berbunyi ‘Mohon maaf ler, mulut saya memang kurang ajaq, Kelantan dah dapat, Kedah bila lagi?’

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sebagai umat Nabi Muhammad SAW di akhir zaman, umat Islam perlu melakukan sebanyak mungkin kebaikan.

Katanya, perkara-perkara yang baik patut disuburkan dan memohon maaf itu menandakan seseorang itu berjiwa besar.

“Saya minta maaf zahir dan batin sama ada dari segi adat dan budaya, tetamu mai (datang) tempat kita tentulah kita kena hormat tetamu, itu wajib Nabi kata, ada hadisnya, jadi beramal dengan hadis beramal dengan panduan-panduan Islam itu wajib… apa yang sakit hati sangat kan?” katanya.

Malam tadi, media melaporkan Muhammad Sanusi mengambil kesempatan memohon maaf di hadapan Anwar dan beberapa menteri Kabinet pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat Kedah. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat