Masuk pilihan raya takkan nak dok diam? – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor menempelak Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang meminta beliau untuk mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai masalah di negeri lain.

Sanusi menegaskan, adalah mustahil menjelang musim pilihan raya ahli politik terutamanya pembangkang hanya mendiamkan diri seperti diminta Fahmi.

“Awat menteri gol dan gincu (merujuk Fahmi) cakap macam tu? Takkan nak masuk pilihan raya diam-diam?

“Kalau tuduh orang ada rumah RM7 juta, rupanya tuduhan tu tak betul, boleh la tutup mulut dok diam-diam… tu pun kalau ada rasa malu,” bidas Sanusi dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Terdahulu, Fahmi meminta supaya Menteri Besar Kedah mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai masalah di negeri lain, sebaliknya fokus kepada Negeri Jelapang Padi itu.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata demikian ketika mengulas kenyataan Sanusi kelmarin bahawa Perikatan Nasional (PN) akan ‘pecahkan lagi’ keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.

“Saya rasa daripada dia sibuk tentang negeri lain, sibukkan diri dia untuk menyiapkan pelbagai projek yang telah diumumkan di Kedah sama ada Widad Group atau litar. Dia ini sembang banyak, siap tak banyak.

“Berbeza dengan Menteri Besar Selangor, umum dan kita lunaskan. Menteri Besar Kedah ni dah la dia ada kes hasutan melibatkan Sultan Selangor, jadi saya rasa diam jalah Sanusi,” katanya.

Sanusi, yang juga Pengarah Pilihan Raya PN, berkata keputusan MCA untuk tidak terlibat dalam sebarang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan memberi kelebihan kepada gabungan itu.

Jumaat lepas, Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA dilapor memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, MIC turut membuat keputusan sama atas alasan serupa.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat