Daim tak mengelak SPRM, sedia dituduh meski di hospital- isteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Khalid menafikan bahawa peguamnya telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa suaminya yang kini dirawat di hospital.

Bagaimanapun, beliau berkata, suaminya bersedia untuk menghadapi sebarang pertuduhan di mana sahaja termasuk ketika masih menjalani rawatan di hospital.

“Tidak ada sebarang kebenaran dalam kenyataan dibuat oleh (Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri) Azam Baki,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum itu, Azam dilaporkan berkata bahawa SPRM sudah mendapat kebenaran daripada Peguam Negara (AG) untuk menuduh Daim di mahkamah namun tidak dapat berbuat demikian kerana bekas Menteri Kewangan tersebut sedang dirawat di hospital.

Bagaimanapun, Naimah berkata, beliau mengesahkan bahawa dirinya atau peguamnya langsung tidak dimaklumkan bahawa akan dituduh atas apa jua kesalahan.

“Kami hanya dimaklumkan keterangan Daim akan direkodkan. Baru hari ini, saya mengetahui Daim akan dituduh berdasarkan laporan media,” katanya.

Justeru, tegas beliau, kenyataan Azam yang seakan-akan melihatkan Daim cuba mengelak daripada dituduh dengan mendapatkan rawatan di hospital adalah palsu dan nakal.

Pada masa sama, menurut beliau lagi, kenyataan tersebut juga menghina profesionalisme dan dedikasi pasukan perubatan di hospital tersebut.

“Saya ingin menyatakan dengan tegas bahawa Daim bersedia menghadapi sebarang pertuduhan di mana sahaja dan akan mempertahankan dirinya berdasarkan undang-undang. Beliau dimasukkan ke hospital dan sedang mendapatkan rawatan lanjut.

“Tertakluk kepada kebenaran hospital dan pasukan perubatannya, Daim bersedia menghadapi pertuduhan politik ini di hospital. Kami menyerahkan kepada Azam dan SPRM untuk memutuskannya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat