PAMERAN DSA & NATSEC ASIA 2024 MEMBINA KETAHANAN NEGARA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN.

- Advertisement -

Kuala Lumpur, 5 Mei 2024 – Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan pameran terbesar di Asia iaitu Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2024 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 (DSA 2024 & NATSEC ASIA 2024) bagi edisi penganjuran DSA ke-18 dan NATSEC Asia ke-3 bermula daripada 6 hingga 9 Mei 2024 di Malaysian International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Bertemakan “Membina Ketahanan Negara Untuk Generasi Masa Hadapan”, ia memberikan fokus kepada pembangunan industri pertahanan Negara serta mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Secara keseluruhan, DSA 2024 & NATSEC Asia 2024 kali ini mencatatkan sebanyak 1,324 syarikat telah mengambil bahagian dengan penglibatan daripada 60 buah negara dan 34 pavilion kumpulan negara. Edisi kali ini menyaksikan kumpulan pavilion negara terbesar adalah dari Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Itali dan Amerika Syarikat. Selain itu, keluasan tapak pameran pada tahun ini adalah 30% lebih besar berbanding edisi sebelumnya yang meliputi seluas 48,000 meter persegi.

Pentingnya pameran ini, ia merangkumkan secara jelas peranan keseluruhan pameran yang menjadi nadi penghubung dan titik bagi perkongsian kemajuan teknologi dari serata dunia dalam memperkasa hala tuju pertahanan dan keselamatan antarabangsa.

Selain itu, pelbagai teknologi seperti sistem elektronik, simulator, sistem senjata dan peluru, sistem marin, platform penerbangan, sistem tanpa pemandu, sistem peluru berpandu dan platform kenderaan berperisai serta pelbagai lagi teknologi canggih akan dipamerkan. Ia bakal menampilkan kepakaran dalam bidang pembuatan, pembekalan, integrasi serta inovasi teknologi sistem pertahanan dankeselamatan yang meliputi kenderaan berperisai, platform persenjataan, NetworkCentric Operation (NCO), dron, pesawat tanpa pemandu (UAV), penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih (MRO), sistem radar dan komunikasitaktikal.

Turut serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; Datuk Seri Isham bin Ishak, Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Tentera Darat; Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri; Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penjara; Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad dan Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia; Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat