Kerajaan tubuh RCI kaji kedaulatan Batu Puteh -KSN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja tersebut dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Beliau berkata, cadangan keanggotaan RCI itu akan dibawa untuk perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

“Cadangan ahli-ahli ini akan mengambil kira komposisi pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan, dan pentadbiran awam.

“Pada masa sama, ahlinya dapat melaksanakan siasatan dengan telus, adil dan saksama bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat