Perbicaraan kes rasuah RM1 juta Tengku Adnan bersambung pada 7 Dis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah RM1 juta bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan bersambung pada 7 Dis depan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mahyuddin Mohmad Som ketika dihubungi berkata perbicaraan kes itu yang sepatutnya bersambung hari ini telah dilapangkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dilanjutkan dari 9 Nov hingga 6 Dis depan.

“Mahkamah telah melapang tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini berikutan PKPB. Namun, mahkamah mengekalkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada Disember iaitu 7 hingga 10 dan 14 Dis hingga 16 Dis,” katanya sambil menambah bahawa mahkamah telah memberitahu pihak berkenaan mengenai perkara itu melalui e-mel pada 13 Nov lepas.

Ahli Parlimen Putrajaya yang berusia 69 tahun itu menghadapi pertuduhan menerima rasuah untuk dirinya berjumlah RM1 daripada ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon, yang telah mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan ahli politik itu dan didenda RM1.5 juta.

Wang tersebut telah didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank Tengku Adnan sebagai dorongan untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd untuk meningkatkan nisbah keluasan tanah untuk syarikat itu berhubung projek pembangunan di Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Tengku Adnan juga menghadapi tuduhan pilihan dalam kapasitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima wang RM1 juta untuk dirinya daripada Tan melalui cek Public Bank milik Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan  ke dalam akaun CIMB beliau, sedangkan beliau mengetahui bahawa Tan, sebagai pengarah Nucleus Properties Sdn Bhd, mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan telah bermula pada 20 Sept 2019 dengan pihak pendakwaan telah memanggil dua saksi untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, Tengku Adnan telah memfailkan permohonan meminta Hakim Mohd Nazlan menarik diri daripada mendengar kes perbicaraannya dengan alasan hakim itu telah membaca dan mempertimbangkan fakta dalam kes Tan.

Hakim Mohd Nazlan menolak permohonan Tengku Adnan yang mendorongnya untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada Februari lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan menyebelahi Tengku Adnan dan memerintahkan perbicaraan kes itu didengar di hadapan hakim lain dengan alasan Hakim Mohd Nazlan mungkin bersikap berat sebelah.

Pada 17 Julai 2020, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Hakim Mohd Nazlan menarik diri daripada mendengar kes perbicaraan itu dan kes itu didengar di hadapan hakim lain. Oleh itu, kes perbicaraan bekas menteri itu akan terus didengar di hadapan Hakim Mohd Nazlan.

Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu dalam kapasitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima RM1 juta untuk dirinya daripada Eng Boon melalui cek Public Bank milik Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB beliau, sedangkan beliau tahu bahawa Eng Boon, sebagai pengarah Nucleus Properties Sdn Bhd, mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Tengku Adnan juga didakwa telah menerima untuk dirinya sejumlah RM2 juta dari seorang peniaga, Tan Sri Chai Kin Kong yang merupakan pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) dan perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan teleh selesai dan mahkamah menetapkan 21 Dis untuk keputusan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat