Anwar Langgar Perlembagaan Persekutuan – Dr Shamrahayu

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menegaskan pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang adalah melanggar Perlembagaan Persekutan.

Beliau memberitahu, tindakan Presiden PKR itu telah membelakangkan peranan Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam suasana politik selepas sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa isu perlembagaan mungkin menjadi persoalan.

“Antaranya, bolehkah seorang Ahli Parlimen membuat kenyataan media dengan menyatakan satu kerajaan telah jatuh?

“Adalah perlu diingat bahawa terdapat peranan Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan ini.

“Sila rujuk Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” kata Shamrahayu di catatan Facebooknya, hari ini.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan dalam Perkara 43 (4) bahawa “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat