Bursa Saham Malaysia Rugi Selepas Anwar Dakwa Akan Ambil Alih Kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mendakwa Bursa Malaysia mengalami kerugian selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti kukuh untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, pelabur mengalami kerugian berjuta ekoran pengumuman Anwar.

”Pelabur KeRUGIAN BERJUTA…Hadiah dari DSAI menjelang PRN SABAH.Ada dia peduli?,” katanya menerusi Twitter.

Bursa tempatan susut 0.7% pada penutup tengah hari tadi selepas pengumuman Anwar mengumumkan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih pemerintahan kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas mendapat majoriti yang cukup kukuh Ahli Dewan Rakyat.

Pada 12.30 tengah hari tadi, FBM KLCI rugi 10.53 mata kepada 1,495.25 mata.

Annuar berkata, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ternyata terdesak untuk merampas kuasa sebagai jalan terakhir untuk mengelak sesuatu yang tidak diingininya selepas gagal menghalang usaha mencabar kesahihan pengampunan diraja di mahkamah.

Malah, katanya, kenyataan Anwar adalah percubaan memecah solidariti Gabungan Rakyat Sabah dan melunturkan “incumbancy”kerajaan pusat, dengan itu beliau berharap mendapat kelebihan kepada Warisan Plus.

”Ini sikapnya dari dulu tanpa peduli kesan buruk pada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat