Susah Nak ‘Jernihkan’ Kerjasama Dengan DAP Kepada Akar Umbi Umno – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerja-kerja penerangan berhubung kerjasama dengan DAP di peringkat akar umbi merupakan cabaran besar buat Umno ketika ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia dinyatakan jentera parti sewaktu pemukiman melibatkan di enam negeri yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini.

Jelasnya, perkara itu sudah pasti mengambil masa untuk ‘menjernihkan’ keadaan, namun beliau percaya ia akan membuahkan hasil seperti yang dilalui ketika kerjasama Muafakat Nasional (MN) dijalinkan selepas berpuluh tahun bermusuhan dengan PAS.

“Cabaran yang kita hadapi adalah soal bagaimana nak menjernihkan pemikiran ahli terhadap fobianya bekerjasama dengan DAP yang berpuluh tahun dengan perasaan anti-Islam, anti-Melayu, itu cabaran yang disuarakan pada kita.

“Saya melihat ini satu perkara yang normal kerana sewaktu menggerakkan agenda MN, isu yang sama juga timbul kerana berpuluh tahun Umno dan PAS mempunyai sentimen bermusuhan, itu lagi teruk..kafir mengkafirkan dan sehingga putus hubungan keluarga, masakan pun tidak di mana, sembahyang dua imam. Namun dalam tempoh 13 bulan, kita berjaya jernihkan situasi tersebut.

“Begitu juga dengan DAP, berpuluh tahun bermusuh dengan Umno. Saya tahu cabaran yang dilalui bukan mudah dan proses itu akan mengambil masa,” katanya lapor Utusan pada Selasa.

Ketika ditanya adakah sempat masa yang diambil untuk memberi penerangan yang jelas kepada akar umbi sebelum menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, Asyraf Wajdi berkata, sebab itu pihaknya telah menggerakkan jentera dengan memberi kefahaman kepada mereka terlebih dahulu dan seterusnya turun ke peringkat akar umbi.

Asyraf berkata, keserasian akan mulai wujud sekiranya DAP memegang kepada perjanjian asas yang ditandatangani sebelum ini.

Ia membabitkan empat perkara asas yang tidak boleh diganggu-gugat iaitu kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan orang Melayu sebagai bumiputera, kedudukan Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat