Raya Tanpa Tradisi “Membantai”

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Kuala Lumpur - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan besar bakal berlaku esok. Beliau yang juga merupakan...

Kabinet Ambil Maklum Keputusan Agong Tiada Darurat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Kabinet akan berbincang lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, siang tadi. Perdana Menteri Tan Sri...

Zahid Seru PM Bincang Dengan Semua Pihak Sebelum Buat Keputusan

Kuala Lumpur - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengambil pengajaran atas titah Yang di-Pertuan...

Majlis Raja-Raja Mahu Mekanisme Semak, Imbang Dihormati, Elak Unsur Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR - Raja-raja Melayu berpendirian mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan perlu dihormati dan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengimbangkan pelbagai...

Mesyuarat Khas Perdana Menteri Bersama MB dan KM Esok Batal

KUALA LUMPUR – Pertemuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dijadual berlangsung Putrajaya esok dibatalkan. Media melaporkan antara...

(Nota editor: Mantai atau membantai di Negeri Sembilan adalah merujuk kepada kerja keras untuk menyediakan daging bagi dijual sebagai persediaan menyambut hari raya)

SEREMBAN – Hari ini merupakan hari terakhir acara mantai sejak berlangsung Khamis yang menjadi kemestian dan begitu sinonim dengan adat dan budaya bagi masyarakat Negeri Sembilan sebelum sambutan Aidilfitri, esok.

Mantai menurut dialek Negeri Sembilan bermaksud membantai, sentiasa meriah disambut sehari sebelum Ramadan dan Syawal melibatkan aktiviti gotong-royong melapah daging, membakar lemang, memasak juadah rendang dan ketupat tidak dapat diadakan tahun ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Susulan pelaksanaan PKPB, kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas negeri untuk pulang berhari raya selain arahan kerajaan negeri agar mantai tidak diadakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Benarkah tidak ‘raya’ sekiranya tiada mantai?

Ahli Jawatankuasa Taman Kobena Senawang, Othman Shaari ketika diajukan persoalan itu berkata, mantai diibaratkan sebagai ‘suntikan semangat’ kepada sambutan Ramadan dan Syawal bagi kebanyakan masyarakat di Negeri Sembilan.

“Raya tetap boleh beraya, cuma tidak `umph’ la jika mantai tidak ada… sebab itu ketika mantai, selain memasak rendang, lemang dan pelbagai lagi, ia sebenarnya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan ini sebabnya orang menjadi sangat seronok.

“Sekarang ini, disebabkan PKPB, maka aktiviti ini adalah terhad dan mungkin dilakukan secara kecil-kecilan di kampung-kampung termasuk ada yang mengambil pesanan tempahan daging. Seperti saya, saya terpaksa menempah daging di Rantau,” katanya kepada Bernama di sini.

Masyarakat Negeri Sembilan mematuhi penguatkuasaan PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan membeli barangan keperluan di pasar awam ketika tinjauan sempena hari mantai menjelang Ramadan di Pasar Ampangan hari ini. Foto: Bernama

Beliau berkata, meskipun tiada mantai mahupun kepulangan anak-anak dari perantauan berikutan larangan pulang berhari raya, semangat mantai bagaimana pun katanya tetap perlu disuburkan.

Sementara itu, penduduk Kampung Senama Hilir, Rembau, Abdul Talib Amat, 80, berkata, mantai adalah hari yang cukup istimewa dan kebiasaannya pada hari berkenaan, harga daging dan pelbagai kelengkapan masakan lain yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

“Daging yang dilapah bersama-sama akan dibahagi sama rata mengikut tempahan. Biasa harga daging mantai ni lebih murah daripada harga daging di pasar. Itulah sebab orang lebih gemar membeli daging mantai,” katanya.- Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Berita Berkaitan