Ismail Sabri: Patuh SOP, Selamat Hari Raya Aidilfitri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri hari ini melalui hantaran di laman Facebooknya, disamping mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, turut mengingatkan rakyat agar patuh kepada SOP yang telah ditetapkan kerajaan semasa musim perayaan ini.

Ucap beliau, “Hari Raya tahun ini tentunya berbeza oleh kerana pelaksanaan #PKPB. Biar pun berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, titipkan lah kegembiraan dan kemenangan Aidilfitri ini dengan penuh rasa kesyukuran”.

Mengenai SOP, ini pesan beliau, “Patuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan sewaktu berhari raya, jaga keselamatan diri, keselamatan anak-anak kita, ibu bapa kita dan sanak saudara kita serta masyarakat kita seluruhnya.

Sempena sambutan Aidilfitri kali ini juga, beliau turut tidak lupa menitip serangkap pantun yang berbunyi:-

Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana sahaja berada”, katanya diakhir hantaran tersebut.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat