VIDEO: Anwar Tunjuk Bakat Main Bola Dengan Cucu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi kemahiran beliau bermain bola menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam video berdurasi 41 saat itu, Anwar dilihat menggelecek bola bersama cucunya.

“Siang tadi luang masa sepak bola bersama cucu. Tewas!” tulisnya pada hantaran video tersebut.

Pelbagai reaksi daripada pengikut Instagram Anwar dpat dilihat menerusi video tersebut.

Rajkaveeshant dalam ruangan komen berkata, “JDT tolong ambil perhatian.”

sementara itu, ramai daripada penyokong dan pengikut Anwar membandingkan keadaan fizikal bekas meneteri kewangan itu dengan bekas perdana menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Steady Datuk Seri, jangan jadi macam datuk yang lagi satu di sana, perangai tak ubah-ubah.”

“Hahahaha, Persiapan stamina untuk Pilihan Raya Umum ke-15 ke Datuk?”

“Steady atuk umur 70 masih boleh main bola dengan cucu lagi.”

Demikian antara respon daripada pengikut laman Instagram Anwar Ibrahim dalam hantaran video tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat