Sebar video insiden di Taman Pelangi Semenyih boleh didakwa – SKMM

- Advertisement -

CYBERJAYA:  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebar video insiden yang berlaku di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan SKMM, tindakan menyebarkan rakaman video mangsa melanggar  prinsip dan etika asas dengan pengunaan graffik berkaitan kemalangan dan kekerasan yang boleh menyebabkan kegelisahan kepada sesiapa yang menontonnya.

“Sebagai garis panduan berkenaan penciptaan kandungan, rujukan boleh dibuat melalui Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Sebarang perkongsian melibatkan video atau kandungan melibatkan mangsa boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” kata SKMM menerusi kenyataan medianya, pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, seorang lelaki maut dibelasah sekumpulan individu susulan satu kemalangan dipercayai membabitkan seorang penghantar makanan di Semenyih.

Kejadian tragis itu berlaku selepas lelaki berusia 42 tahun itu yang memandu Proton Saga kelabu terlibat kemalangan dengan penghantar makanan.

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia 22 hingga 52 tahun dalam beberapa serbuan di sekitar Semenyih dan Beranang, di sini, kira-kira jam 2.05 pagi Rabu.
Kesemua mereka ditahan reman lima hari hingga Ahad ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat