“Bawa suara rakyat bukan hanya bodek pemimpin atasan” – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh membidas kritikan yang mendakwa beliau memihak kepada blok pembangkang.

Tegas Dr Akmal, tanggungjawab pemimpin adalah membawa suara rakyat dan bukan hanya membodek pemimpin atasan.

“Bila pandangan berbeza sahaja dah mula cop geng parti lawan, sedangkan pemimpin ni perlu bawa suara rakyat di bawah bukan hanya membodek pemimpin atasan.

“Bila pandangan berbeza sahaja dah cop ini memecahkan sedangkan itulah perubahan yang perlu dilakukan untuk keluar dari norma budaya yang rakyat nak lihat dalam organisasi untuk kembali percaya pada organisasi,” bidas Exco Melaka itu di Facebooknya pada Jumaat.

Beliau malah menempelak pengkritiknya “jilat sahaja sesiapa yang penting perut sendiri kenyang”.

“Maka sama-samalah kita menilai,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat