Menunggu 10 Minggu

- Advertisement -

TANGGAL 3 November sudah lebih 17 hari berlalu. Ia menyaksikan calon Parti Demokrat Joe Biden menang Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) dengan meraih 290 daripada 538 undi elektoral yang diperlukan untuk menguasai Rumah Putih.

Ia sekali gus menafikan peluang Presiden Donald Trump untuk memimpin Amerika Syarikat bagi penggal kedua. Kemenangan Biden, 77, juga menjadikan beliau bakal dilantik sebagai Presiden AS ke-46.

Ia juga satu tamparan hebat pemimpin berusia 74 tahun apabila menjadi presiden pertama dalam tempoh 30 tahun yang gagal dilantik semula untuk penggal kedua.

Trump mengikuti rekod Presiden George H W Bush yang tewas pilihan raya selepas penggal pertama apabila kalah kepada calon Parti Demokrat, Bill Clinton pada 1992.

Sejak Bush, semua tiga presiden lain iaitu Bill Clinton, George W Bush (anak kepada H W Bush) dan Barack Obama berjaya dilantik untuk penggal kedua.

Secara tradisinya calon yang kalah pada pilihan raya presiden akan mengaku kalah. Ia bukannya sesuatu yang dituntut oleh undang-undang, tetapi sudah menjadi kelaziman dalam pilihan raya di AS.

Calon Demokrat, Hillary Clinton yang tewas ketika kemenangan mengejutkan Trump pada Pilihan Raya AS 2016 turut melakukan perkara sama. Malah, Presiden Barack Obama turut menjemput Trump untuk hadir meninjau Rumah Putih.

Amalan itu dilihat sebagai satu isyarat peralihan kuasa daripada seorang presiden kepada penggantinya.

Namun, sehingga artikel ini ditulis, tiada tanda-tanda Presiden akan mengaku kalah. Sebaliknya, Trump yang masih ‘menyepi’ di dalam Rumah Putih hanya memuat naik hantaran demi hantaran di Twitter dengan menuduh ‘kemenangannya dicuri.’ Beliau hanya dilihat keluar sebanyak dua kali untuk bermain golf selain tampil untuk pertama kali mengunjungi Pusara Nasional Arlington untuk majlis ringkas sempena Hari Veteran.

Dari sudut undang-undang, Trump masih Presiden AS yang sah. Beliau mempunyai tempoh kurang 10 minggu lagi di Rumah Putih sebelum presiden baharu mengangkat sumpah pada 12 tengah hari 20 Januari 2021.

Tempoh berkenaan mungkin amat singkat untuk orang biasa, tetapi mencukupi untuk seorang presiden untuk menukar sejarah. Ia memandangkan Trump masih Panglima Tertinggi AS dan mempunyai kuasa sebagai Panglima Tertinggi AS.

Presiden George H W Bush misalnya, memutuskan menghantar pasukan tentera ke Somalia pada minggu terakhir di Rumah Putih.

Selain itu, Trump mempunyai kuasa untuk mengklasfikasikan sesuatu dokumen sebagai bukan rahsia, memberi pengampunan dan menghentikan pebicaraan di mahkamah persekutuan.

Jadi sehingga tengah hari 20 Januari ini, Trump masih mempunyai masa untuk mencabar keputusan pilihan raya. Ia meskipun semua petunjuk pada peringkat ini, jelas memberi isyarat usaha itu tidak akan mengubah apa-apa – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat