Deddy Corbuzier mohon maaf, dah perlekeh pelajar tahfiz guna AirPods…

- Advertisement -

Jakarta: Pengacara dan YouTuber terkenal, Deddy Corbuzier membuat permohonan maaf di Instagram dan saluran YouTubenya selepas menimbulkan kekecohan dan rasa marah netizen apabila menulis komen yang dianggap mempermainkan sekumpulan tahfiz yang sedang beratur untuk mengambil vaksin.

Dalam hantarannya di Instagram, Deddy, 44, mengaku akan kesilapannya dan menganggapnya dirinya seorang yang jahil dalam ilmu agama apabila menganggap kumpulan tahfiz yang menghafaz Al-Quran itu menutup telinga kerana menggunakan AirPods.

“Saya nak minta maaf sebesar-besarnya kerana tempoh hari, saya sangat bodoh kerana menulis komen mengenai anak-anak tahfiz yang menutup telinga.

“Memang saya bodoh pada ketika itu dan tak boleh melihat situasi yang berlaku,” katanya.

Tambahnya, dia yang juga mualaf itu tidak tahu menahu bahawa kumpulan tahfiz itu sedang menghafaz Al-Quran saat menunggu giliran.

“Saya fikir, pada ketika itu mereka dilarang untuk mendengar muzik oleh guru mereka dan menutup telinga. Lagi pula, guru mereka mendengarkan muzik (dalam video) dan mengambil video mereka.

“Saya tak tahu bahawa mereka itu adalah penghafal Al-Quran atau sedang menghafaz Al-Quran. Yang saya tahu, pada ketika itu mereka sedang menunggu giliran untuk menerima vaksin,” katanya.

Terdahulu, Deddy menulis komen di hantaran Instagram pegawai khas Presiden Jokowi, Diaz Hendropriyono yang memuat naik video itu.

“Mungkin mereka sedang pakai AirPods. Terganggu kan,” tulisnya.

Menjelaskan mengenai komennya itu, Deddy berkata dia seringkali menggunakan AirPods ketika berada di gimnasium untuk mengelakkan rasa terganggu.

“Ketika saya komen mengenai AirPods, kerana kalau saya tak mahu rasa terganggu ketika di gimnasium, ada muzik dan sebagainya, saya pakai AirPods. Saya padamkan kebisingan (noise) dan saya tak terganggu.

“Tapi, begini. Lupakan mengenai perkara itu. Bodohnya, saya tak tahu kalau mereka sedang menghafaz Al-Quran.

“Intinya, saya memang harus belajar lebih banyak lagi. Saya juga tak sempurna sebagai manusia, pasti buat salah dan akan buat salah lagi,” katanya.

Menutup permohonan maafnya, Deddy juga memaklumkan dia terbuka untuk belajar dan mendalami ilmu dalam agama.

“Sekali lagi, saya mohon maaf kepada semua saudara saya yang terganggu dan tersinggung dan juga kepada tahfiz kerana masih banyak yang harus saya pelajari. Apa lagi tentang agama dan manusia.

“Tapi, tak mengapa sebab saya suka untuk belajar. Jadi, terima kasih dan minta maaf atas kekecohan yang berlaku,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat