‘Salah saya sebab mudah dan cepat percayakan orang’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee, 29, tidak malu mengaku kesilapannya sendiri kerana cepat mempercayai orang yang baharu dikenali selama dua tahun atas dasar simpati dan status anak yatim.

Ia berikutan, penyanyi lagu Donde itu baru-baru ini membuat laporan polis terhadap seorang individu dikatakan ‘rakan rapatnya’ yang didakwa menipu duit dan pecah amanah membabitkan wang miliknya sebanyak RM70,000.

Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile berkata buat masa ini kes berkenaan masih dalam siasatan polis dan individu terbabit juga sudah ditahan reman sejak beberapa hari lalu.

“Perkara ini akan saya bawa ke mahkamah sebaik saja sisatan dijalankan yang dibuat selesai. Malah, setakat ini pun wang saya yang ditipu itu masih lagi belum dipulangkan.

“Saya terima seadanya apa yang berlaku ini dan menganggap wang itu bukan rezeki saya. Tapi bila jadi benda macam ini, saya salahkan diri sendiri juga kerana mudah dan cepat percayakan orang yang baru dikenali,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini, dia mengenali individu terbabit pada 2019 atas dasar simpati kerana seorang anak yatim hingga memberi kepercayaan menguruskan segala urusan kerjaya seninya.

“Apapun, pada saya duit tetap boleh dicari. Cuma rasa terkilan itu disebabkan ia wang hasil titik peluh dari lakonan saya untuk drama Perisik Cinta Tak Diundang yang tak merasa langsung,” katanya.

Semalam, Andi ditemui pada majlis sidang media virtual drama Perisik Cinta Tak Diundang lakonannya sebagai pelakon utama bersama Shiha Zikir dan Hafidz Roshdi yang kini disiarkan slot Akasia TV3, jam 7 malam.

Drama arahan Azmi Hatta itu adalah kerjasama kali kedua Andi dengan Azmi yang mengakui cintanya dalam kerjaya seni kini sebagai penyanyi dan juga pelakon.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat