Pemilihan Presiden US: Biden Serang Trump Isu Wabak, Trump Serang Biden Isu Ekonomi

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Calon-calon pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Donald Trump saling berbalas-balas serangan dengan Biden menyerang kelemahan Trump semasa mengendalikan wabak Covid-19 dan Trump menyerang Biden dalam isu ekonomi.

Dengan jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat semakin menghampiri angka 200,000 orang, Biden berkata Trump kaku bila berhadapan dengan cabaran besar yang disebabkan oleh krisis kesihatan itu dan tidak berupaya dari segi kepimpinan untuk berhadapan dengannya.

“Dia memang tidak layak untuk itu. Dia kaku. Dia gagal bertindak. Dia panik”, kata Biden selepas bertemu dengan pekerja sebuah syarikat aluminum di Manitowoc, selatan Green Bay.

Biden, yang cuba memenangi semula Wisconsin selepas Trump menang dengan majoriti tipis semasa pemilihan 2016, membuat rayuan terus kepada pengundi kolar biru yang menyokong bekas Presiden Barrack Obama pada 2008 dan 2012 tapi berubah hati dengan menyokong Trump.

“Kebenaran yang mudah ialah, Donald Trump bertanding untuk mempertahankan jawatannya dengan berkata dia akan mewakili golongan yang dilupakan di negara ini – dan selepas menang, dia melupakan mereka”, kata Biden.

Sementara itu di Ohio pula, Trump mengkritik masa silam Biden kerana menyokong perjanjian bebas yang katanya akan menjejaskan peluang pekerjaan di Amerika Syarikat terutama dibahagian tengah negara itu.

“Joe Biden tidak sepatutnya meminta sokongan anda. Dia sepatutnya merayu kemaafan dari anda”, kata Trump.

Trump mengkritik Biden kerana menyokong Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara yang telah digantikan dengan blok bebas yang baru oleh Trump, dan Perkongsian Trans-Pacific yang digugurkan terus olehnya pada tahun 2017 tidak lama selepas mengambil alih tugas.

“Dia mengkhianati anda, dia berbohong kepada anda, dia mendera anda. Yang mana sudah tiba masanya untuk menghantar Biden ke persaraan”, katanya.

Ucapan kedua-dua calon itu mengembalikan semula tema yang mendominasi perlumbaan ke jawatan tersebut, sebelum kematian Hakim Mahkamah Agung, Ruth Bader Ginsburg, yang mana mengubah fokus kepada perdebatan seterusnya iaitu mengesahkan pengganti mendiang.

Trump dengan cepat ingin menamakan pengganti Ginsburg dan berharap untuk mendapatkan majoriti 6-3 konservatif di Mahkamah sebelum pemilihan pada 3hb November.

Perlumbaan itu juga mengingatkan kepada kepentingan dua medan pertempuran di negeri berkenaan. Kajian menunjukkan Biden mendahului beberapa mata di hadapan Trump di Wisconsin yang turut mencerminkan penguasaan keseluruhannya di seluruh negara , dan Trump sedang berada di depan di Ohio, yang dimenanginya dengan perbezaan 8% undi pada tahun 2016.

Biden berkata Trump boleh menyelamatkan nyawa dengan mewajibkan pemakaian topeng muka tapi meneruskan kempennya tanpa penjarakan sosial atau penyokong yang hadir dengan memakai topeng muka dan terlalu risau tentang pasaran kewangan – Reuters

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat