Gila! Belah Perut Isteri Nak Tengok Jantina Anak

- Advertisement -

SEORANG lelaki di India ditahan polis kerana membelah perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit sehingga menyebabkan wanita itu sekarang tenat di hospital dan anak lelaki dalam kandungan itu meninggal dunia.

Wanita itu sekarang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di New Delhi sejurus kejadian yang berlaku pada hari Sabtu lepas.

Menurut abang wanita tersebut, lelaki itu terdesak untuk mengetahui jantina anak dalam kandungan isterinya kerana pasangan itu sebelum ini telah pun mempunyai seramai 5 anak perempuan.

“Dia menyerang isterinya dengan sabit sehingga perut isterinya terkoyak kerana ingin mengetahui jantina anak dalam kandungan tersebut”, kata abang wanita tersebut Golu Singh kepada Thomson Reuters Foundation.

Polis mengesahkan lelaki itu telah ditahan reman.

Anak perempuan sering kali dilihat sebagai beban di India kerana perlu membayar dowry perkahwinan seperti mana dalam tuntutan adat, berbanding anak lelaki yang dilihat sebagai penyara keluarga dan seringkali menjadi pilihan untuk mendapat harta pusaka.

Pengguguran janin anak perempuan adalah diharamkan di India dimana keutamaan untuk mendapat anak lelaki telah menyebabkan penurunan jumlah wanita berbanding lelaki di negara tersebut – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat