Rangka pakej bantuan tampung kenaikan kos sara hidup sebelum Bajet 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakej Bantuan khusus bagi menampung kenaikan inflasi atau kos sara hidup ini boleh dilakanakan sebelum pembentangan Bajet 2023 kerana ia begitu mustahak dan dan kritikal.

Cadangan ini disuarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengesyorkan supaya Malaysia mencontohi langkah Kerajaan Singapura yang melaksanakan pakej bantuan ekonomi rakyat mendepani kos sara hidup.

“ Mutakhir ini wujud ura-ura untuk kenaikan tarif elektrik. Bagaimana pun, kita tunggu keputusan kerajaan dalam masa terdekat.

“Jika tarif elektrik dinaikkan, ia akan lebih membebankan lagi rakyat Malaysia dan kos sara hidup akan terus meningkat. Sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk rakyat menanggung sepenuhnya kenaikan kos sara hidup tanpa sebarang bantuan terus daripada kerajaan,” kata Zahid.

Menurut beliau, kerajaan seharusnya bersungguh-sungguh membantu rakyat dengan mengumumkan satu pakej bantuan ekonomi yang menyeluruh bagi menampung kenaikan kos sara hidup, seperti yang baru sahaja diumumkan Singapura.

“Sebanyak $1.5 bilion telah diumumkan pemerintah Singapura, termasuklah $100 pemberian kredit utiliti bagi setiap isi rumah.

“Tindakan yang hampir malah lebih baik wajar dilaksanakan oleh Malaysia, dengan memberikan rebat elektrik dan air, baucar makanan asas kepada isi rumah yang layak serta bantuan-bantuan lain yang wajar kepada sektor swasta,” ujarnya.

Kata Pengerusi BN itu lagi, ini memandangkan keadaan fiskal negara yang terhad, maka penggunaan teknologi dan pengagihan bantuan bersasar berdasarkan data yang tepat amatlah diperlukan.

Jelasnya, ini bagi memastikan bantuan yang disalurkan tidak terjatuh ke tangan yang salah atau kurang layak.

“Selain daripada itu, saya sekali lagi ingin mencadangkan agar Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bermesyuarat sekali lagi dengan segera agar pandangan setiap NGO, pemain industri dan sektor swasta berkepentingan dapat diambil kira dan dipertimbangkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat