Rafizi Jangka Parlimen Dibubar Pada Ogos Atau September

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengumumkan akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu mulai 1 Julai ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ia susulan jangkaannya bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September ini untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan kerajaan baharu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Rafizi berkata, beliau akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia, memandangkan tahap kelesuan pengundi terhadap parti-parti sedia ada adalah tinggi dan kempen akan bermula dengan latihan peringkat nasional kepada sukarelawan Ayuh Malaysia pada 2 Julai ini di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau akan mengumumkan jadual kempen mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen minggu ini, meliputi kempen ceramah kepada orang ramai dan diskusi dengan kumpulan tertentu mengenai isu-isu khusus untuk mengupas pandangan pakar dan orang ramai dalam mencari penyelesaian kepada masalah negara.

Menurut keputusan tidak rasmi yang dikemas kini melalui laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022, Rafizi mendahului Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden, namun pengumuman rasmi akan dibuat semasa Kongres Nasional Tahunan PKR yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Julai depan.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat