Macam ‘Siput’ Kadar Vaksinasi Kata Anwar Ibrahim

- Advertisement -

PETALING JAYA: Kerajaan dan kementerian berkaitan sepatutnya mempertingkat pengujian saringan Covid-19 apabila proses vaksinasi dalam negara bergerak dengan perlahan supaya lebih banyak kes penularan pandemik itu dapat dikenal pasti dan kesihatan rakyat terus terjamin.

Kadar dos suntikan total harian serta kadar pengujian yang menurun mencetuskan kebimbangan seolah-olah ada pihak cuba tidak merekodkan keseluruhan kes penularan wabak pandemik-19.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ujian saringan Covid-19 harus dilakukan secara lebih menyeluruh bagi menjamin kesihatan orang awam.

“Kempen vaksinasi juga lemah dan lembab, dengan dos total harian yang disuntik menurun sebanyak 40 peratus sejak hari Khamis lalu. Dengan kadar vaksinasi yang lembab, selembab siput, saya fikir amat wajar kadar pengujian ditingkatkan bagi melindungi kesihatan warga.

“Ujian saringan telah menurun sebanyak 52 peratus sejak 29 Mei dan tidak mengejutkan juga bahawa kes harian juga menurun sebanyak 48 peratus dalam tempoh sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut syor dari WHO, Malaysia seharusnya melakukan sekurang-kurangnya 138,000 atau 300,000 ujian saringan setiap hari.

Selain itu, badan-badan dan institut-institut pemikir dan penyelidikan yang dekat dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga mengesyorkan langkah yang sama.

Jelas Anwar yang juga Presiden PKR, kadar pengujian di Malaysia terus menurun dan ada beberapa kerat pemimpin politik tanpa rasa bersalah menyatakan kes sedang menurun kononnya kesan dari langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan pemerintah.

Beliau juga menyediakan data untuk membandingkan bulan April 2021 yang lalu Malaysia secara puratanya melaporkan sebanyak 2,107 kes harian baharu dengan melakukan 58,277 ujian saringan satu hari.

Katanya, dengan data itu, dalam maksud lain, Malaysia hari ini mempunyai dua kali ganda kes dengan kadar ujian yang sama yang kita lakukan pada bulan April.

Tambah ahli Parlimen Port Dickson itu, kegagalan mencapai sasaran pelaksanaan ujian saringan Covid-19 adalah bukti kegagalan kerajaan ketika ini.

“Malaysia telah berada dalam fasa darurat sejak Januari lalu. Saya bingung memikirkan mengapa keupayaan ujian saringan tidak mencapai sasaran yang dibuat.

“Mengapa kerajaan yang mempunyai kuasa di bawah Ordinan Darurat kini merayu pada sektor swasta bagi membantu dalam rencana ini?. Ini bukti nyata kerajaan PN adalah kerajaan yang gagal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat