Tiada Kenaikan Harga Tepung Bermula Julai Ini – Menteri

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak memberi kelulusan kepada mana-mana pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Alexander Nanta Linggi berkata, ia sekali gus menafikan dakwaan berhubung kenaikan harga barangan subsidi itu mulai 1 Julai ini.

Menurut beliau, pihak kementerian setakat ini hanya menerima satu permohonan daripada pihak pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum tanpa subsidi dalam pek 1 kilogram (kg) dan pek 25 kg.

“Berdasarkan syarat khas lesen mengilang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, semua pengilang tepung hendaklah mendapatkan kebenaran Pengawal Bekalan sebelum menaikkan harga jualan tepung gandum.

“Oleh yang demikian, dakwaan kenaikan harga tepung gandum mulai 1 Julai ini adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexander pada masa sama turut menafikan kenaikan harga tepung melibatkan jenis atau produk tertentu termasuk membabitkan tepung bersubsidi.

Beliau memberitahu, harga tepung gandum bersubsidi adalah masih pada harga yang ditetapkan kerajaan iaitu RM1.35 per paket 1kg.

Mengikut rekod, terdapat 11 kilang mengeluarkan dan menjual enam jenis tepung gandum yang disubsidi kerajaan.

Terdahulu, satu mesej berhubung dakwaan harga tepung akan dinaikkan berkuat kuasa 1 Julai depan tular dalam laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Mesej itu mendakwa harga tepung paket 25kg akan meningkat RM3 sepaket manakala harga tepung sekarton meningkat RM2 sekarton.

-UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat