Harga 5G DNB lebih murah berbanding harga 4G telko

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Salah satu sebab utama Digital Nasional Berhad (DNB) ditubuhkan untuk menjadi pemborong rangkaian tunggal 5G adalah rakyat Malaysia terus menderita menggunakan perkhidmatan internet yang teruk dengan harga antara tertinggi di Asia Tenggara ditawarkan syarikat telekomunikasi (telko).

Kelewatan pelaksanaan 5G berbanding negara jiran juga dipersalahkan kepada telko yang mengutamakan pelaksanaan 4G yang lewat tertangguh kerana telko mengutamakan kepentingan nasional mereka.

Kedua-dua ini adalah hasil kajian Pasukan Tindakan Khas 5G Nasional dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada akhir 2019 dengan Putrajaya ketika itu ditadbir Pakatan Harapan.

Laporan bertajuk “Final Report on Allocation of Spectrum Bands for Mobile Broadband Service in Malaysia” dengan jelas mencadangkan pendekatan pemborong rangkaian tunggal (SWN) sebagai kaedah terbaik bagi mempercepatkan pelaksanaan 5G negara.

DNB ditubuhkan bagi memenuhi kehendak negara, menjadikan internet sebagai utiliti awam dan tidak bergantung kepada telko yang hanya bertindak sekiranya kepentingan komersial mereka dipenuhi.

Setakat ini DNB sudah berjaya melaksanakan rangkaian 5G meliputi 55% kawasan berpenduduk negara dengan sasaran 80% bakal dicapai menjelang akhir tahun ini.
Sekadar perbandingan, telko masih dalam proses memenuhi sasaran 100% pelaksanaan 4G yang bermula sejak 2013.

Disebabkan pelaksanaan 5G dibawah DNB menggunakan kaedah SWN, kos berjaya dikurangkan kerana semua pihak berkongsi infrastruktur. Pelaksanaan 4G terlewat kerana setiap telko membina infrastruktur masing-masing menyebabkan kos dipindahkan kepada rakyat dan kepentingan komersial telko diutamakan.

5G di bawah DNB dijual dengan harga hanya 13 sen per GB berbanding kos 4G oleh telko yang boleh mencapai 50 sen per GB.

Disebabkan ini, rakyat Malaysia turut membayar lebih murah hanya RM1 per GB untuk 5G berbanding RM2 per GB untuk 4G, dengan kualiti perkhidmatan yang jauh lebih baik.

Telko yang sudah menawarkan 5G seperti YTL Communications dan Telekom Malaysia jauh lebih murah atau lebih kompetitif berbanding syarikat lain dengan perkhidmatan lebih baik.

Kelajuan muat turun 5G DNB adalah 285 Mbps berbanding purata 5G global sebanyak 184 Mbps, manakala 4G yang pelaksanaannya dimonopoli telko pula hanya selaju 17 Mbps.
Bagaimanapun, setakat ini telko masih tidak giat mempromosi 5G dibekalkan DNB kerana harganya yang jauh lebih rendah berbanding 4G ditawarkan mereka.

Alasan digunakan Putrajaya untuk beralih kepada kontraktor kedua 5G adalah persaingan akan memberi manfaat kepada rakyat, menawarkan internet dengan harga lebih kompetitif.

Tetapi data yang wujud membuktikan sebaliknya, begitu juga dengan pengalaman kita melaksanakan 4G yang dimonopoli telko.

Persoalan sebenarnya, siapa yang untung dengan peralihan ini? Yang pasti, bukan rakyat Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat