DNB jadi mangsa dasar ikut suka hati Putrajaya

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Selepas Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan peralihan daripada pemborong rangkaian tunggal (SWN) kepada dwi pemborong rangkaian (DWN) 5G di Malaysia seawal tahun hadapan, pelbagai siri kejadian susulan berlaku.

CelcomDigi dan Telekom Malaysia tanpa berlengah menamatkan perjanjian perkongsian kepentingan dalam DNB, sekaligus mengagalkan usaha kerajaan memastikan syarikat telekomunikasi menjadi pihak berkepentingan dalam DNB.

Terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut mendedahkan yang kerajaan akan menarik balik pegangan dalam DNB apabila peralihan ini berlaku, seterusnya akan menswastakan DNB.

Ketua Pegawai Operasi SKMM Datuk Mohd Ali Hanafiah berkata dua entiti akan dibentuk, satu akan mengambil alih operasi DNB dan satu lagi akan mengambil alih rangkaian 5G kedua negara.

Peralihan kepada rangkaian kedua 5G dijangka berlaku apabila tahap liputan 5G dilaksana DNB sekarang mencapai 80%. Setakat 3 Mei lepas, liputan 5G adalah 57.8%.

Perkembangan terbaru ini seterusnya menjadi bayang kegagalan usaha DNB untuk menjadikan rangkaian 5G sebagai utiliti awam yang tidak dipengaruhi oleh kepentingan komersial.

Putrajaya di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jurucakap tidak rasmi 5G, Fahmi Fadzil meneruskan legasi penswastaan penswastaan dengan syarikat telekomunikasi menawarkan perkhidmatan internet teruk dengan kos yang mahal.

Syarikat telekomunikasi di Malaysia antara pembekal perkhidmatan terburuk di rantau Asia Tenggara tetapi mengaut keuntungan besar setiap tahun.

Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile sejak 10 tahun lepas mengaut RM100 bilion dalam Ebitda (perolehan  sebelum faedah, cukai dan lain-lain) dan RM42 bilion keuntungan selepas cukai dan membayar dividen kepada diri mereka sendiri sebanyak RM44 bilion, yang melebihi keuntungan mereka!

Dibandingkan dengan jumlah pelaburan Celcom, Digi dan Maxis dalam invoasi teknologi pula hanya sebanyak RM32 bilion atau hanya 14% daripada perolehan mereka, sangat rendah berbanding syarikat telekomunikasi lain di Asia Tenggara dengan purata 20% hingga 25%.

Disebabkan telko adalah pemonopoli industri telekomunikasi negara, pelaburan rendah ini menyebabkan Malaysia terus ketinggalan berbanding negara jiran dalam aspek kualiti rangkaian dan ketersediaan internet.

Alasan dilaungkan Fahmi adalah dengan peralihan ini, Kerajaan Perpaduan berjaya menamatkan monopoli DNB. Kesilapan besar dalam pemahaman monopoli ekonomi.

Kerana DNB adalah 100% dimiliki kerajaan dengan pelan untuk melibatkan telko tanpa mengutamakan kepentingan komersial dan mengabaikan keperluan rakyat.

Terdapat banyak monopoli yang diperlukan, disifatkan sebagai “monopoli alamiah” seperti air dan elektrik, jalan raya awam, pasukan polis dan tentera. Semua perkara yang dianggap keperluan, seperti mana internet yang kini jadi keperluan kehidupan Revolusi Industri 4.0.

Rakyat berhak mendapat akses internet berkualiti tinggi dengan kos berpatutan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat