Lapor Kepada Polis Guna Aplikasi Gerak Malaysia Jika Mahu Kembali Ke Bandar

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Orang ramai yang berada di kampung halaman dan mempunyai keinginan untuk pulang semula ke rumah masing-masing di bandar diminta untuk melaporkan kepada polis melalui dalam talian iaitu menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau balai berdekatan mulai 25 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan tersebut bagi tujuan memberikan maklumat diri, lokasi terkini, tempat yang mahu dituju dan jumlah keluarga bagi melihat pergerakan tersebut daripada kawasan atau zon.

Bagaimanapun beliau berkata, perkara tersebut masih dalam kajian dan kemungkinan pergerakan pulang ke kediaman masing-masing bakal berlaku bermula 1 Mei.

“Ia masih di peringkat kajian. Tidak ada jaminan kerana kita perlu menunggu laporan yang dibuat mereka di kampung kepada polis. Setiap laporan akan bermula pada 25 April ini.

“Kita akan melihat berapa ramai yang akan kembali ke kediaman atau bandar tempat mereka kerja dan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Apa pun kita akan mengkaji terlebih dahulu dan perlu mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Setakat hari ini ia merupakan kajian,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, selain laporan dalam talian, ia juga boleh dibuat di balai polis berdekatan, namun memerlukan temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan berlaku perkumpulan dalam jumlah yang ramai.

“Buat panggilan terlebih dahulu dengan balai polis terdekat bagi tujuan temu janji supaya pihak berkuasa dapat mengatur pergerakan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan memahami keresahan atau kerisauan dalam kalangan mereka yang meninggalkan rumah atau keluarga di bandar yang terkandas di kampung.

“Ramai yang pulang ke kampung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini ramai yang ingin pulang semula ke rumah masing-masing selepas lebih sebulan. Ramai yang membuat aduan antaranya sudah tiada ada pakaian lagi, ada yang bimbang takut-takut rumah di pecah masuk.

“Ada juga yang pulang ke kampung secara bersendirian sementara ahli keluarga masih di bandar. Mereka terpisah selama berbulan-bulan dan keinginan untuk pulang itu semakin tinggi selepas kita umumkan kelonggaran kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung halaman.

“Saya ingin nyatakan bahawa ada sedikit perbezaan untuk dua senario ini kerana pelajar IPT kita tahu berapa jumlah dan status kesihatan mereka berbanding mereka yang berada di kampung. Penuntut ini akan kita sediakan bas,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat