COVID-19; Kita Berada Di Landasan Tepat Menuju Kemenangan

OLEH:DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke-3 akan berakhir dalam beberapa hari sahaja lagi. Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam menyebut bahawa pihaknya belum pasti sama ada PKP akan ditamatkan atau dilanjutkan. Bergantung kepada data-data yang diperolehi dan analisa oleh pihak KKM.

Graf kumulatif kes aktif dan kumulatif kes discaj, titik pertemuan di antara 2 garisan ini hanya berjaya ditemukan pada 14hb April yang lalu, sewaktu PKP telah memasuki fasa ke-3 dan setelah 33 hari kita berusaha memutuskan rantaian COVID-19. Ini membuktikan bahawa peperangan melawan COVID-19 bukanlah mudah. Kita memerlukan tempoh lebih sebulan untuk menyeimbangkan kumulatif kes aktif dan kumulatif kes discaj.

Bagi memperoleh kemenangan sebenar terhadap pandemik COVID-19 ini, kita bukan sahaja memerlukan satu tempoh waktu yang lebih lama tetapi kita juga perlu mengorbankan ‘norma biasa’ kehidupan dan menyesuaikan diri dengan ‘norma baharu’ kehidupan. Buat sementara waktu, tiada solat berjemaah dan terawih di masjid, bazar Ramadan, budaya kunjung mengunjung dan sebagainya.

Harapan saya, apa pun keputusan yang diambil kerajaan, sama ada PKP dilanjutkan atau ditamatkan, kita kekal tenang dan menerimanya dengan positif demi kemaslahatan bersama. Walaupun negara sudah berada di landasan tepat bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19, tetapi kita akan terus berusaha sehingga beroleh kemenangan. Kekal istiqamah dan berdoa agar kita beroleh kemenangan dengan segera.

#stayathome
#kitajagakita

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Ezlynn ada dipanggil SPRM

Kuala Lumpur: Penyanyi Ezlynn, 39, mengesahkan dia ada dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di...

Berita Berkaitan

PEMIMPIN POLITIK NORMA BARU

Oleh : Cikgu Kamarulazman Habibur Rahman "Kita mungkin tidak sedar bahawa kadang-kadang sesuatu itu musnah hanya kerana ia hendak digantikan dengan sesuatu yang jauh lebih...

UMNO & PERJUANGAN BANGSA MELAYU: ANTARA AKAL & NAFSU

Oleh: DATUK ZAKARIA DULLAH Selepas kekalahan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO selaku “parti tulang belakang” pada Pilihan Raya UMUM ke-14 dua tahun yang lalu;...

Agong Tidak Perlu Nasihat PM Untuk Panggil Parlimen Ketika Darurat

KENYATAAN Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah semalam berhubung KDYMM Yang Dipertuan Agong boleh memanggil mesyuarat Parlimen tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Perdana...