Anwar jumpa Azam Baki hari ini adu kes curi MP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Azam Baki.

Memetik Astro Awani beliau kira tiba-tiba pukul 2.50 petang sebentar tadi, dan pertemuan itu dijadualkan akan berlangsung pukul 3 petang.

Pertemuan itu adalah bagi menyampaikan rasa gelisah pihak pembangkang susulan dakwaan agensi itu digunakan sebagai ‘senjata politik’ bagi menyekat pihak yang tidak sealiran dengan Kerajaan.

“Kita juga melahirkan rasa gelisah kerana dipercayai oleh sebahagian kita dengan bukti bahawa agensi kerajaan itu dijadikan sebagai senjata politik untuk menyekat musuh. Kita harus bagi ruang dengan baik dan positif untuk mereka (SPRM) dengar dan ulas,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau menzahirkan harapan SPRM akan menjadi sebuah agensi yang profesional dan bebas, tegas dalam membanteras rasuah, serta tidak dijadikan senjata politik mana-mana pihak.

Sebelum ini Anwar memberi ingatan tegas kepada Perikatan Nasional (PN) sekiranya ‘mencuri’ lima hingga enam orang ahli Parlimen PKR mereka masih belum cukup majoriti.

Anwar mendedahkan setakat ini lima ahli Parlimen PKR diugut dan cuba dibeli supaya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan tindakan ‘menekan’ PN itu, Presiden PKR tersebut akan menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki untuk meminta satu pertemuan bagi menjelaskan cubaan sogokan yang dibuat oleh PN terhadap ahli Parlimen parti itu.

“Saya nak tegaskan di sini, dengan menarik lima hingga enam orang ahli Parlimen PKR ke dalam PN dia belum lagi mendapat majoriti.

“Saya pagi esok akan tulis kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta pertemuan untuk jelaskan hal demikian.

“Ahli Parlimen Sekijang, Padang Serai, Sungai Siput, Putatan dan Miri memang sebut ada yang mereka beri ugutan atau pelawa dengan pelbagai sogokan dan umpan untuk menarik sokongan mereka,” katanya.

Ketua Pembangkang itu memberitahu taktik ini bukan politik, ini disebut penipuan menggunakan salah guna kuasa dengan cara menekan. -SuaraaTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat