Hishammuddin cadang Malaysia-New Zealand iktiraf sijil vaksin Covid-19 masing-masing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengemukakan cadangan kepada rakan sejawatnya di New Zealand agar kedua-dua negara saling mengiktiraf Sijil Vaksinasi Covid-19.

Pengiktirafan ini katanya, bagi membolehkan perjalanan antarabangsa antara Malaysia-New Zealand dilaksanakan nanti.

“Baru selesai video call dengan Menteri Luar Negeri  New Zealand, Puan Yang Terutama (PYT) Nanaia Mahuta. Saya mengucapkan tahniah kepada beliau yang menjadi wanita dan Maori pertama memegang portfolio Menteri Luar Negeri.

“Kami berdua komited untuk melaksanakan semula perjalanan ke kedua-dua negara, bila situasi mengizinkan, khususnya bagi pelajar-pelajar Malaysia yang mahu kembali ke New Zealand untuk menyambung pengajian.

” Memandangkan Malaysia dan New Zealand masing-masing sedang giat melaksanakan program vaksinasi, saya mencadangkan agar kedua-dua negara saling mengiktiraf Sijil Vaksinasi Covid-19 bagi membolehkan perjalanan antarabangsa antara Malaysia-New Zealand dilaksanakan nanti,” katanya.

Hishammuddin memberitahu, Malaysia juga menyatakan sokongan untuk menyertai ‘Christchurch Call’ – ikrar kerjasama yang diilhamkan New Zealand dan Perancis dalam usaha menghapuskan kandungan ekstremisme serta keganasan secara dalam talian.

“Secara keseluruhannya, saya dan PYT Nanaia berkongsi tekad untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia-New Zealand yang telah terjalin erat selama 64 tahun,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat