PAU 2020 medan Presiden UMNO perjelas hubungan dengan Anwar, DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya api ketegangan antara Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih membara, apabila Ahli Parlimen Ketereh itu menuntut penjelasan berhubung hubungan Presiden UMNO dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Annuar memandangkan hujung minggu ini akan berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) beliau mengemukakan beberapa kemelut dalaman parti yang memuntut penjelasan tuntas daripada Zahid.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata PAU yang berjaya apabila merungkai segala isi yang berlegar.

“Persoalan itu antaranya di mana dan ke mana UMNO nak dibawa pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Penjelasan hubungan Presiden UMNO dengan Anwar Ibrahim. Selain itu, apa pendirian UMNO terhadap DAP setelah tersebar pemimpin UMNO mengadakan pertemuan dengan pemimpin DAP,” katanya.

Selain itu Annuar turut menuntut Zahid menjelaskan berkenaan jajaran baru.

“Di mana Muafakat Nasional (MN) dan di mana Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

“Semoga semua ini di rungkai dalam perhimpunan ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Annuar turut berkongsi bahawa pada tahun ini merupakan tahun ke- 39 beliau menghadiri PAU 2020.

“Banyak yang saya lalui,dari menjadi seorang perwakilan,menjadi pembahas ucapan dasar,sebagai ahli MKT,Ketua Penerangan,dan menjadi Setiausaha Agong yang menganjurkan segala perjalanan PAU itu sendiri.

“Ringkasnya PAU adalah hari yang istimewa dan menjadi perhatian semua orang,” kata beliau.

Kata Annuar, antara yang menjadi perhatian umum ialah ucapan dasar Presiden UMNO.

Hal ini, menurut beliau ini kerana dulunya ucapan itu merupakan ucapan ketua parti yang juga merupakan ketua kerajaan..kini tidak lagi.

“Namun pada saya ia tetap penting.Saya tetap mempunyai “wish list”saya tentang apa yg saya harap dari PAU2020 dan ucapan dasar Presiden.

“Antaranya;PAU yang di lihat sebagai medan memperkasa penyatuan ummah dan perpaduan Melayu,dan bukan medan menyerang dan mencerca sesama Melayu yang hanya melemahkan ummat.

“PAU yang dapat menyalakan roh dan semangat perjuangan UMNO yg didokongi,lagi dihormati; PAU yang merupakan medan bersuara oleh akar umbi parti.

“PAU di mana tulang belakang UMNO (Wanita)dan sayap -sayap parti berjuang megah mendokong idealisme parti.

“PAU yang ucapan dasar presidennya di sambut baik oleh rakyat dalam dan luar parti,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat