Debat Atas Talian Antara Calon Pilihan Raya Hanya Bermotif Populariti, Promosi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cadangan agar perdebatan di antara calon pilihan raya diadakan secara dalam talian dilihat hanya untuk mendapatkan promosi semata-mata.

Demikian jelas Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin ketika mengulas cadangan itu.

Jelasnya secara sinis, jika mahukan populariti dan promosi, calon-calon pilihan raya sepatutnya menggunakan platform jualan dalam talian sahaja.

“Perdebatan ini buat Facebook punya perdebatan sahaja, mereka ini hanya nak crowd dan perhatian orang ramai tengok, orang suka you atau tak suka you. Ini semua promosi.

“Tanya Shopee, Lazada boleh buat perdebatan ini kerana mereka lebih suka kerana dapat popular dari segi tontonan. Jadi saya cadang swastakan debat politik di Malaysia ini menggunakan saluran Shopee dan Lazada.

“Cuba tengok bagaimana orang tengok nanti, sambutannya. Tidak terfikirkah, ini semua orang nak cari duit, pada saya ini cara terbaik, adil,” katanya ketika menjawab perkara itu dalam Wacana resensi buku ‘Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Tadbir dan Menang’ yang disiarkan secara maya menerusi Facebook Institut Kajian Etnik (KITA) pada Selasa.

Lompat parti akan berterusan

Sementara itu, mengulas mengenai Akta Anti Lompat Parti jelas Prof Shamsul Amri, perkara itu sukar dilakukan sekiranya tiada kehendak politik dalam kalangan pemimpin.

Sebaliknya, aktiviti lompat parti itu ujarnya akan berterusan meskipun akhirnya mengheret rakyat sehingga berlakunya pilihan raya.

“Apa yang kita lihat dan rasakan tidak selesa kerana terlalu banyak berlaku (lompat parti). Sebelum tahun 2018 lompat parti sudah ada, ini satu kebiasaan bila kita tidak selesa tak kan kita nak buat undang-undang.

“Pada saya, kalau saya nak cakap kepada parti kerajaan, kalau kamu tiada dua pertiga (kerusi Parlimen) jangan lah cakap nak ubah sistem,” jelasnya.

Tegas beliau, hanya kerajaan yang mempunyai dua pertiga dapat melakukan perkara itu, namun memerlukan iltizam politik yang sama.

“Kalau hanya satu pertiga, selepas tu kalah dan lepas tu tukar Perdana Menteri jangan cakap nak ubah undang-undang kerana kamu tidak boleh ubah undang-undang, kerana kamu tiada dua pertiga dalam kerajaan.

“Jadi soal lompat parti ini, saya rasa akan lompat-lompat, tidak akan terjawab tapi akan terlompat-lompat,” tegasnya lagi. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat